ORANG PERTAMA MEMBUAT MAULID TERHADAP RASULULLAH ﷺ
ORANG PERTAMA MEMBUAT MAULID TERHADAP RASULULLAH ﷺ
Imam At-Tabaroni meriwayatkan hadis yang berdarjat hasan bahawa:
“Al-Abbas bin Abdul Muttolib (bapa saudara baginda) datang bertemu datuk Al-Husin dan Al-Hasan (iaitu baginda Rasulullah ﷺ) lalu bertanya,
“Adakah engkau mengizinkanku untuk memujimu dengan syair?”
Baginda menjawab :
هات لا يفضض الله فاك
“Silakan, semoga Allah memelihara mulutmu”
Maka Sayyiduna Abbas mengarang maulid yang sangat hebat secara “Nazam” dan itulah maulid pertama yang dibacakan kepada Al-Mustafa Rasulullah ﷺ.
Nukilan dari :
مولد حادى الأشواق إلى ذكر من رقى في السبع الطباق
Karangan Habib Mahdi Abu Bakar Al-Hamid
🟢 Faedah :
Ini juga menunjukkan orang yang berselawat dan memuji baginda Rasulullah ﷺ, InsyaAllah dirinya akan dipelihara Allah
والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب
#Rabi’ulAnwar (Siri 4)
Catatan :
Ustaz Muhammad Shahir Shah Budin