PUASA UNTUK ALLAH
Setiap ibadat yang kita lakukan bertujuan kemaslahatan dan manfaat kepada diri kita kerana 2 perkara :
1 ) Kita mengetahui setiap ibadat selain puasa diberi ganjaran 10 kali ganda.
Contoh : Sedekah RM1 mendapat pahala seperti sedekah RM10.
2 ) Ibadat selain puasa boleh ditunjuk kepada orang lain yang mengakibatkan terhasil inginkan pujian dari mereka.
Maka orang yang melakukan ibadat ini kerana tujuan ini akan disuruh meminta pahalanya dari orang yang dia inginkan pujian itu.
Manakala puasa untuk Allah kerana 2 perkara juga :
1 ) Rasulullah saw menyampaikan berita bahawa Allah swt telah berkata di dalam hadis qudsi bahawa Allah sendiri yang akan memberikan pahala puasa kepada orang yang berpuasa.
Maka ulama’ berkata : Ini bermakna pahala puasa bukan seperti pahala yang dijanjikan 10 kali ganda bagi ibadat ibadat yang lain malah lebih banyak.
2 ) Ibadat puasa tidak diketahui orang lain kerana ia dilakukan dengan tidak makan , minum dan jimak.
Kehidupan harian masyarakat bukanlah sentiasa makan , minum dan jimak sehingga dapat dibezakan dengan orang yang berpuasa.
Berpuasa atau tidak dibezakan dengan niat yang tidak diketahui selain Allah.
Annurulhadi.com