Pujuklah Hati
*Yang.. raya mana dulu?Sekadar lagu tapi hakikatnya di kehidupan berumahtangga, ketika menjelang raya, ramai ibu dan isteri memendam rasa, memujuk hati.
Lelaki bergelar suami, belum tentu membahagiakan hati.
Lelaki bergelar anak, belum tentu menghargai ibu nya.
Dan hati² yang memendam duka, menyimpan luka tetap tersenyum walaupun di waktu sendirian merasakan kepedihan.
Khusus kepada isteri @ ibu. Saya kongsikan pengalaman seorang sahabat saya, moga² menjadi kebaikan untuk kita semua memujuk hati sendiri.
Sahabat saya A, dari kecil disisihkan ibu nya dan ketika menginjak dewasa, nak raya tiada baju raya walaupun sehelai jubah.
Kata ibu nya:” Nanti kahwin, minta baju raya kat suami”
Dan ketika dia berkahwin, dia pun nak minta baju raya kat suami nya seperti ibu nya pesan.
“Bang, bila nak beli baju raya?
Senang suami nya membalas :
“Pakai je baju nikah tu”
( Mereka baru bernikah 3 bulan)
Hatinya terluka dan dia pujuk diri walaupun hati menangis.
Masa berlalu, dia dah bercucu. Dan skrip raya tetap sama, bab baju raya.
Kita pelik kan kenapa bab baju raya?
Kerana suaminya tidak menyediakan hak nafkah pakaiannya. Maka ketika raya, dia akan bertanya lagi dan jawapannya tetap melukai hati.
Dan anak² nya?
Juga tidak pernah mempelawanya untuk membeli baju raya.
Alasan mereka itu bukan nafkah yang wajib atas mereka. Benar, ibu mereka tidak perlu semua itu.
Dan dia bercerita kepada saya lagi tahun ini , cuma kali ini skrip nya berbeza.
” Utzh, dulu saya menangis sorang diri. Sedih kan.
Tahun ni sama je, saya tetap tak ada baju raya baik daripada suami @ anak².
Tapi saya ikut cakap Utzh, saya baca kitab selawat Dalailul Khairat, baca baca baca.
Airmata saya cukup untuk merindui Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, cukup lah Nabi yang menyayangi saya.
Saya nak mati dalam keadaan selawat. Saya nak hidup untuk membaca banyak selawat.
Itu katanya dan Allah Taala memakbulkan cita² nya, dia pergi tak kembali tanpa membawa kasih sayang suami dan anak² nya, tetapi dia pergi selepas selesai membaca kitab selawat Dalailul Khairat.
DIKAU PUJUK HATI DENGAN MENDOAKAN NABI TANPA HENTI. MOGA MOGA NABI MUHAMMAD MEMUJUK HATI MU DENGAN MEMBERIKAN MU MINUM AIR DARIPADA CAWAN YANG PENUH DIISI AIR TELAGA KAUTHAR
Berbahagia lah sahabat.
Sesungguhnya tiada cinta dari mana² Lelaki melainkan cinta seorang lelaki bernama MUHAMMAD.
…
Andai puan sama seperti Pn A, pujuklah hati dengan membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Jom join grup bimbingan membaca Dalailul Khairat.
Klik www.wasap.my/+60165447357/pujukHati