SEDEKAH RAMADHAN
Sedekah yang dilakukan di bulan Ramadhan ialah sedekah yang paling baik dan paling banyak pahala. Sebahagian ulama’ mengatakan ia di antara sedekah sedekah yang paling baik kerana ada juga sedekah sedekah yang paling baik dilakukan pada keadaan yang lain.
Ini kerana sedekah merupakan salah satu cara berkongsi apa yang dimiliki dengan hamba hamba Allah yang lain.
Allah menjadikan bulan Ramadhan musim untuk melimpahkan kasih sayangNya kepada hamba hambaNya lebih dari bulan bulan yang lain. Maka sedekah yang menjadi sebab dilimpahkan kasih sayang Allah juga menjadi sedekah yang paling baik kerana itu.
Rasulullah juga menjadi orang yang paling pemurah ketika di bulan Ramadhan.
Ada hadis yang menggalakkan memperbanyakkan sedekah , menambahkan pemberian kepada orang orang yang memerlukan dan berkongsi dengan keluarga dan lain lain.
http://Annurulhadi.com