TIMBANGAN PENENTU PERASAAN
Itulah yang disebut timbangan penentu perasaan.
Baik buruknya dapat diketahui melalui tiga timbangan.Timbangan pertama dan ini yang paling utama, paling prinsip, dan paling pokok adalah timbangan syariat.
Jika menurut syariat baik, bererti baik. Sebaliknya, jika menurutnya buruk, bererti buruk juga.
Jika masih belum jelas, masih kabur, lanjutkanlah ke timbangan kedua, iaitu mengikuti ulama ulama salaf saleh.
Apa yang menurut mereka baik bererti baik, dan apa yang menurut mereka buruk bererti buruk.
Jika masih sukar juga, teruskan ke timbangan ketiga, iaitu membiarkan perasaan itu dinilai sendiri oleh nafsu.
Jika berdasarkan nalurinya sendiri nafsu merasa berat meninggalkan perasaan itu, bererti ia baik.
Sebaliknya, jika nafsu merasa condong kepadanya, bererti ia buruk. Kerana, nafsu selalu menyuruh kepada keburukan.
Tahap kedua yang harus manusia perhatikan dalam proses penyucian nafsunya adalah mengurangi kesenangan hidup.
Maksudnya, setahap demi setahap ia berusaha membatasi keleluasaannya menikmati segala kesenangan hidup.
Ulama-ulama salaf mengatakan,
“Tidak ada cara lain yang harus kamu lakukan kecuali mesti meninggalkan yang halal!, pemisah antara kamu dan yang haram.
Haram ada garis batasnya.
Lewat dari itu adalah syubhat, dan lewat dari syubhat adalah halal.
Tetapi, aku tidak tahu apakah masih ada di antara kita yang memperolehi makanan yang murni halal?
Sebab keadaan sudah benar benar kacau bilau.
Dan seperti apa yang disabdakan NABI SAW:
“Akan datang suatu masa kepada umat manusia, yang ketika itu tidak seorang pun hidup kecuali ia makan riba; yang tidak makan mendapat debunya.”
“Aku tidak lagi melihat yang halal.
atau yang mendekati halal.
(Hadis Riwayat Abu Daud no 3331)
Maka dari itu, orang yang ingin hati hati dengan agamanya harus menempuh jalan penyucian nafsu, iaitu meninggalkan yang halal kerana khuatir terjerumus kepada yang haram ”
Mereka juga mengatakan, “Kami meninggalkan tujuh puluh pintu halal, khuatir tergelincir ke satu pintu haram”
Jika nafsu dibiasakan memperoleh setiap hal harus yang diinginkannya maka ia akan meminta lebih.
Jika nafsu Anda menginginkan sepuluh baju, berikanlah lapan saja. Jika nafsu menginginkan tiga kuih, belikanlah satu atau dua kuih saja.
Jangan turuti nafsu supaya tidak meminta lebih. Kebiasaannya awalnya hanya meminta yang makruh.
Tetapi, jika itu pun dituruti dan dibuat mudah untuk memperolehnya, maka ia akan meminta lebih dari itu lagi, iaitu hal hal yang haram!