TIP MEMBAWA ANAK KECIL PERGI UMRAH
Umrah si kecil. Mudah atau sukar?
Kali ini saya kongsikan tip tip membawa anak anak menunaikan umrah. Ramai yang selalu bertanya:
” boleh ustazah share cara membawa anak ”
” apa perlu saya buat, ke masjid bawa bayi juga ke?”
Tulisan ini berdasarkan pengalaman saya membawa anak bongsu saya Abdullah Mujahid sedari umurnya 5 bulan hingga kini sudah 8 tahun.
Alhamdulillah barkah mengandungkannya, ketika hamil 1 bulan lagi, dia telah ikut tawaf dan sujud di Baitullah.
Alhamdulillah barkah kelahirannya, kami sering dijemput menunaikan umrah berkali kali walaupun dari segi duit ianya mustahil.
Benarlah setiap anak itu membawa bersamanya rezeqi. Dan rezeqi Abdullah Mujahid adalah setahun ulang alik berkali kali hingga sering terpaksa ponteng sekolah ?
Okay saya mulakan dari persediaan awal. Apa yang saya lakukan adalah berniat membawa bayi yang saya kandung menziarahi BAITULLAH dan RASULULLAH SAW .
Saya mempunyai 4 orang anak lelaki dan kesemua mereka telah dikhatankan semasa usia 21hari. MUJAHID juga tidak terkecuali.
Kesemua anak anak saya memang sering membawa ke masjid untuk majlis ilmu. Oleh itu saya memastikan anak anak TIDAK MENANGGUNG NAJIS DI KEMALUAN MEREKA.
Orang lelaki WAJIB berkhatan kerana di hujung kemaluan mereka, air kencing akan tersangkut di kuluf @ kulub ikut panggilan kita.
Anak lelaki YANG TIDAK BERKHATAN, boleh membatalkan SOLAT orang lain juga jika bersentuhan lama kecuali semasa bertindak, ditarik kulub ke atas agar lebihan air kencing tiada . Maka paling mudah ikut sunnah saja, KHATAN!
Berikut langkah yang saya lakukan sewaktu membawanya ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi malah masjid mana sekali pun.
1. Mensucikannya dari najis . Mensucikan ikut hukum bersuci bukan sekadar membersihkan.
Tukar pakaian bersih .
2. Dalam begnya ada:
Lampin pakai buang beberapa helai.
Tisu tandas.
Tisu basah
Nappy liner.
Air dalam botol spray.
Lapik getah.
Tuala 2 helai. Besar dan kecil.
Lampin kain.
Plastik sampah beberapa helai.
Pakaian baru 2 pasang.
3. Saya masuk ke masjid dan mencari ruang paling tepi dan bukan laluan jemaah.
Biasanya di sudut tersorok sedikit.
Pertama saya letak bayi di sudut tepi dinding. Tujuannya agar bayi saya selamat daripada dipijak @ apa saja kemungkinan.
Amat bahaya meletak bayi di depan kita ketika solat kerana jemaah yang ramai , sukar dijangka tindakan mereka.
Ada yang suka melangkah kepala jemaah lain, ada yang melanggar tanpa peduli, ada yang menolak jemaah.
Maka duduklah di sudut paling tepi. Dan untuk dapat sudut itu, datanglah awal ke masjid. Jika azan dah berkumandang baru nak ke masjid, amat sukar mencari ruang kecuali pergi ke ruangan yang tiada jemaah ramai.
Jika di Masjid Nabawi, bayi dan kanak kanak dibenarkan di ruangan dalam berdepan pintu masuk saja.
Kebiasaannya ruangan di situ, sebaik imam mengangkat takbir maka 70% kanak kanak menangis beramai ramai macam boria???Apa nak di kata? Bukankah itu janji syaitan sebagai cara mengganggu ibunya solat .
Tapi kan, maaf ya, anak anak yang sudah dibiasakan melihat ibunya solat , dia tak menangis kecuali lapar @ nak tidur @ sakit.
Jika puan puan nak tahu betul @ tidak, latihlah anak sedari bayi solat bersama. Itu yang saya lakukan dan saya boleh solat tanpa tangisan anak. Alhamdulillah.
Cuma pastikan susukan anak sebelum solat. Siapkan keperluannya agar dia tidak merengek.
Baca alQuran sedari dia dalam perut. Solat sentiasa. INSYA ALLAH anak anak dah tahu itu rutin ibunya .
Seterusnya, jika bayi belum pandai memusing badan, senang saja lah ibu solat. Tapi bila dah mulai menjulur, merangkak, IBU kena be smart.
Sewaktu Mujahid mulai meniarap, berpusing pusing, saya akan cek lampinnya 5 10 minit sebelum azan berkumandang.
Kenapa ya?
Walaupun Mujahid telah BERKHATAN, tetapi jika dia telah bernajis, saya kena memastikan dia bersuci. Ingat ya BERSUCI.
Bersuci tu bukan sekadar tukar lampin. Tetapi kena mengistinjakkannya .
Masa inilah keperluan barang barang dalam begnya.
Pertama letak lapik getah.
Letak pula kain lampin.
Ambil plastik sampah.
Keluarkan tisu basah atau Tisu kering.
Botol spray air mutlak. Bukan air minuman.
Lampin pakai buang baru .
Jika perlu pakaian baru . Saya akan cium pakaiannya , mana tau terkena najis kan.
Kemudian cepat cepat membersihkannya.
Ingat ya ibu ibu, guna wet tissue saja tidak menepati syarat istinjak.
Wajib guna tisu kering @ air dialirkan. Bukan sekadar spray tanpa air mengalir .
Wet tissue untuk lap najis saja. Spray air mutlak biar mengalir mencuci kemaluan depan belakang anak.
Atau jika tidak guna wet tissue, guna saja tisu tandas @ tisu muka dan kesat kemaluan anak.
Ingat! Sekali kesat satu kawasan. Jangan sekali kesat guna permukaan tisu sama. Bernajislah semua?
Jika guna wet tissue , kena jirus air mengalir walaupun guna spray.
Jika tidak menggunakan wet tissue, boleh terus guna tisu kering tanpa menjirus air. Tisu kering juga salah satu alat istinjak.
Bab ini , IBU wajib belajar melakukannya dari rumah. Biasakan mensucikan anak anak dari bayi. Tidaklah terkial kial hingga nampak kejahilan ibu bab bersuci.
Ramai yang saya lihat. Solat bersama anak kecil yang bernajis. Bukankah mereka telah menyebabkan solat kita batal dan semua jemaah satu soff terputus pahala jemaah disebabkan kejahilan kita sebagai ibubapa.
Oh ya! Jika anak lelakinya TIDAK makan apa apa kecuali susu ibu maka hukum KENCINGnya hukum najis mukhaffafah, ringan. Cukup direnjis air dan mengalir tak perlu menjirus air. Tapi tetap kena tukar lampinnya yang ada najis.
Jika buang air besar, hukum kena jirus air. Bukan najis ringan. Sama cara membersihkan anak perempuan, wajib diistinjak dengan dengan menjirus air banyak. Jika guna spray, basah lencun juga. Ianya berbeza cara beristinjak walaupun anak tidak makan apa selain susu IBU!
Malah ramai sudah tahu anak lelaki ke perempuan ke bernajis, tetap membiarkan anak memegang badannya @ jemaah lain. Malah anak yang itu turut solat berjemaah satu soff. ???
Sama juga di Masjid masjid Malaysia, ramai ibubapa membiarkan anak yang menanggung najis di badan BEBAS di dalam soff malah yang berumur 12 tahun tak khatam pun turut sebaris soff dewasa.
Semua ini perlu dirujuk perlu belajar dengan guru yang benar benar berilmu dan bertaqwa. Agar kita tidak menjadi penyebab putus soff jemaah.
Ketahuilah, membawa anak kecil tidak semudah umrah tanpa mereka. Sewaktu membawa MUJAHID, mental fizikal kena kuat dan cerdas.
Sebagai ibu, kita kena banyak beralah . Kena faham yang anak kecil bukan kuat untuk diusung ulang alik ke masjid terutama jika musim panas.
Ada masa mereka tidur . Ada masa mereka keletihan. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk ikut solat 5 waktu berjemaah.
Kita juga tidak boleh bermasam muka dengan suami kerana suami tidak bergilir solat berjemaah. Kita wanita tiada tuntutan solat berjemaah.
Bagaimana umrah pula?
Anak kecil di bilik @ bawa bersama?
Bab umrah. Saya selesaikan dulu umrah saya dan semasa dia belum mumayyiz, dia hanya dibawa tawaf sunat dan umrah nya hanya olok olok.
Bila dia mumayyiz , dia sudah boleh berniat dan tahu menjaga pantang larang umrah, barulah dia melakukannya .
Dulu dia akan menaiki motorsikal di tingkat atas untuk tawaf dan sae’i. Tapi walaupun tawaf sunat, dia tetap ikut rukun tawaf. Suci . Berwuduk. Bahu kiri mengadap Ka’abah. Maka kena mengendong dan pernah di dukung di atas bahu pakcik Musa nya .
Sewaktu dia bayi, saya pakai Kain Panjang Sling di bahu. Letak dia mengadap orang. Pernah dia melalak sewaktu tawaf dan terpaksa susukan sambil tawaf.???
Sesungguhnya bukan semudah A tetapi tidak sesusah Z.
Walaupun payah namun saya akan cuba memastikan melakukan sebaik mungkin agar terselit juga pahala walaupun sebesar zarah.
Mujahid sedari umur 5 bulan tetap saya buatkan Tawaf Wada’. Nasihat Sheikh Aminuddin Abdul Rahim, buatkan saja walaupun tidak wajib. Semua itu sebagai tanda menghormati kemuliaan Ka’abah. Masuk tawaf qudum dan balik tawaf wada’.
Oleh itu, saya akan melakukan tawaf untuk nya dulu, kemudian baru saya. Ataupun bergilir dengan suami. Suami bawa 4 pusingan. Bakinya saya pula.?
Kadang kadang saya bawa Mujahid dan kakaknya menaiki motor untuk tawaf tetapi dulu tiada ruangan khas tawaf bermotor, maka ramai jemaah lalu lalang.
Saya pernah terlanggar kaki jemaah. Saya dah bunyikan hon tetapi dia tetap melintas. Apa lagi, terlanggar dan kakinya luka sedikit. Sampai hari ini masih ingat wajahnya. Walaupun bukan berniat dan tidak bersalah namun tahu kesakitan itu .
Kini ruangan tawaf bermotor disediakan. Memudahkan jemaah . Tapi kadang kadang ada juga jemaah berjalan kaki di situ bak kata orang ” ikut suka hati depa jer”
Macam macam kisah kami.
Bila Mujahid semakin besar dan ada abangnya bersama, pagi pagi bawa Mujahid Tawaf Wada’.
Kami akan lakukan satu jam sebelum berangkat pulang.
Letih? Ya agak letih ulang alik tetapi keletihan itu pasti tidak seletih kami mengharungi padang Mahsyar nanti.
Mungkin asbab dia melakukan TAWAF QUDUM & WADA’ maka jemputan umrah untuknya tidak berhenti setiap tahun.
Seperkara lagi , yang saya lihat bilamana ibu bersama anak kecil adalah merasa STRESS.STRESS sebab janji suami tidak ditepati atau STRESS sebab diri sendiri yang mahu membawa anak tetapi suami melarang .
STRESS kerana letih. Apalagi bila anak meragam , menangis, tidak mahu diletak. Asal nak solat je melalak satu masjid dengar.
Nasihat saya , ibu dan anak jangan STRESS. ikut panduan ibu ibu lain yang mendengar saranan saya yakni sapu KD SPEECHLESS SCENT DAN SPRAY AURA KD .
Alhamdulillah, ramai jemaah yang ikut saya, anak dan mereka sendiri tenang mengharungi cabaran membawa anak kecil.
Malah saya hingga kini stand by KD SPEECHLESS SCENT DAN AURA KD dalam beg ke masjid.
Baca di sini ya:
https://www.annurulhadi.com/category/testimoni-kd-speechless-scent/
Asal ada anak orang menangis meragam melalak, saya bagi ibunya untuk disapukan di nadi dan kening.
Yang selesema sapu di hidung. Jika batuk, laju tangan saya keluarkan minyak ZB3.
Klik link ni:
https://www.annurulhadi.com/category/testimoni-minyak-zb3/
Oh ya. Cuaca dan udara di sini kadang kadang menyebabkan bayi, anak serta kita batuk berkahak.
Alhamdulillah ALLAH TAALA izinkan kami sihat sejak istiqamah menggunakan ZB3 dan KD SPEECHLESS SCENT DAN AURA KD.
Dulu Mujahid bila ke Makkah akan demam. Pernah saya menaiki teksi berdua saja pergi ke hospital kanak kanak.
Almaklum suami saya hilang jejak, jika ditunggu hati semakin risau, tawakkal tahan teksi dan terus ke hospital.
Klinik kesihatan berdepan Masjidil Haram tidak merawat bayi sewaktu itu. Mahu tak mahu memberanikan diri pergi berdua.
Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Kami dah balik ke hotel pun, suami belum balik balik. Fuh! Memang kesabaran tahap wali?
Seperkara lagi, bila membawa anak kecil, janganlah kita merasa BANGGA. Konon kita MAMPU.
Sentiasa ingat bahawa jemputan umrah itu daripada ALLAH TAALA bukan kerana kita MAMPU atau TIDAK.
Pergi menunaikan umrah bukan suatu kebanggaan tetapi satu kewajiban dan mengulanginya adalah sunat.
Bersyukur jika kita terpilih dan doakan saudara mara, sahabat serta semua hamba ALLAH turut mendapat jemputanNya.
Kita sendiri terpilih bersama anak , bukan kerana kita tetapi asbab doa orang lain untuk kita.
Wallahu ‘alam.
Banyak lagi kisah umrah yang saya sudah tulis dalam TRAVELOG UMRAH DAN HAJI AL MUJAHID.
Boleh terus membaca di situ pelbagai kisah suka duka . Mungkin ada sedikit panduan umrah dan haji.
Klik link ini ,
https://www.facebook.com/groups/596788050525375/?ref=group_browse_new
SILA hubungi HQ +60134400212. Tanya macamana nak membaca TRAVELOG itu.
Moga moga niat kalian untuk membawa anak anak pergi menunaikan umrah , dimaqbulkanNya serta dimudahkan segala urusan.
Aameen Allahumma Aameen
BaarakAllahufikum