TIP REZEQI BARKAH
Apa maksud REZEQI YANG BARKAH?SEDIKITNYA CUKUP, BANYAKNYA BOLEH DIAGIHKAN.
Rezeqi yang TIADA KEBERKATAN, sedikitnya TIDAK CUKUP dan BANYAKNYA TIDAK PUAS!
Rezeqi yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus!
ADAKAH REZEQI MU BERKAT?
CUKUP MALAH MENCUKUPI.
Hari ini baru 1/3 bulan tetapi RAMAI sudah KEHABISAN REZEQI malah terpaksa meminjam.
Jika yang makan gaji, dapat gaji settle hutang dan kehabisan. Bekerja untuk melangsaikan hutang rumah, kereta, makan minum dan lain lain.
Malah ramai yang MENGANIAYAI madrasah bila mana TIDAK MEMBAYAR YURAN MADRASAH anak anak. Seolah-olah tugas pihak madrasah memikirkan bab yuran dan makan minum anak mereka!
Lebih memalukan bekerja berjawatan tetapi TIDAK MENCUKUPI! TANDA TIADA KEBERKATAN REZEQI.
Lalu menceburi perniagaan. Pulun fokus sales tetapi terumbang-ambing. Buka mata ingat produk. Tutup mata fikir produk. Mimpi produk.
Mungkin sales masuk mencanak tetapi TIDAK RASA PUAS. Bercita-cita untuk terus memburu sales. Rasa happy sales melonjak apa lagi jika diraikan di pentas atau wajah terpampang merata.
Namun buka tutup mata tetap mimpi bisnes. Rakan rakan semua ahli bisnes. Asal jumpa orang cerita produk. Teringat kawan lama cerita tentang produk.
Dan tiada rasa puas mengejar peluang bisnes satu demi satu. Matlamat hidup mesti jadi JUTAWAN. Bersedeqah tiap Subuh, Dhuha dijaga, AlWaqiah dibaca tetapi bukan kerana ALLAH TAALA. SEMUANYA AGAR REZEQI BERTERUSAN.
Sayangnya masa dihabiskan untuk memikirkan strategi bisnes. Sedangkan bisnes itu, ianya hanya sedikit daripada cabang usaha mencari rezeqi.
Yup. Perlu fokus untuk bisnes tetapi kenapa 99% kehidupan untuk bisnes?
Adakah asyik memikirkan strategi marketing itu membahagiakan?
Saya pernah belajar dengan Irfan Khairi. Beliau kata, “kita kena sentiasa mendahului pesaing. Perhati dan selidik apa mereka buat.
Contoh kena update ayat key word sentiasa agar bila orang klik, page kita yang pertama.
Then saya mengulas “Penat dan stress lah asyik skodeng stalk ads pesaing.”
Jawabnya sambil senyum
” Ya jika nak berjaya”
Dan sejak tu sampai hari ini, saya TAK buat apa. Saya tak mau STRESS. SAYA NAK ENJOY DALAM BISNES TERUTAMA HIDUP INI.
ALLAH TAALA dah memberikan panduan melalui RASULULLAH SAW. So contoh terbaik adalah Baginda SAW.
Saya hanya mahu bisnes seperti Abdul rahman bin Auf r.anhu. Dan tak perlu kaya sepertinya. Lantaran itu saya istiqamah dalam bisnes ini.
Alhamdulillah barkah!
Tiada hutang!
Tiada pening fikirkan untung rugi.
Tiada stress melayani pelanggan
Tiada perlu mencari pelanggan.
Tiada risau sales tak masuk.
Tiada takut bisnes bankrap
Lantaran itu selalu ustazah tekankan dalam SEMINAR BISNES BARKAH bab mencari redho ALLAH TAALA. Bilamana redho ALLAH maka bisnes @ rezeqi mengalir bagai empangan pecah.
Nak tahu TIP REZEQI BARKAH yang ustazah amalkan?
Kena datang mengadap ustazah setelah istikharah. Jika solat dua rakaat pun malas JANGAN TANYA “BOLEH SAYA JOIN?”
SYARAT UTAMA RUJUK ALLAH TAALA.
SYARAT KEDUA MENGADAP USTAZAH BERSERTA MAHAR.
SYARAT KETIGA PRAKTIKKAN.
INSYAALLAH RELAKS JE REZEQI MASUK TANPA DISERU.
+60134400212
+60134400212
+60134400212