4 PANDUAN HIDUP TENTERAM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
4 Panduan Hidup Tenteram
Saidina Jaafar Sadiq radhiyallahu anhu mengatakan :
“Saya hairan, macam mana boleh orang itu besedih setelah mengetahui firman Allah:
لأ أله انت سبحنك أني كنت من الظلمين
Sebab Allah berjanji orang yang mengucapkannya akan diangkat kesedihannya..macam mana ada orang sedih setelah Allah menjadikan demikian ..” katanya
“Dan saya merasa hairan..kepada orang yang ada rezeki dan nikmat dan ingin nikmatnya itu kekal tapi tidak membaca ..
ما شاء الله لا قوة ألا باالله
kerana Allah di dalam Al-Quran mengajarkan dalam surah Al-Kahfi, ketika orang itu masuk ke kebunnya diajarkan supaya nikmat yang diberi oleh Allah dijaga,
dapat nikmat
ما شاء الله لا قوة ألا باالله..
dapat kereta baru ..
ما شاء الله لا قوة ألا بالله
..dapat rumah baru ..
ما شاء الله لا قوة ألا باالله
“Dan saya merasa hairan kepada orang ketika berhadapan dengan kejahatan orang-orang yang ingin melakukan kejahatan lalu tidak membaca :
حسبنا الله و نعم الو كيل
“Dan aku merasa hairan ketika orang itu berhadapan dengan sesuatu yang sukar tidak mengatakan
فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
(surah Al-Mu’min ayat 44)
kerana orang yang mengucapkannya akan diangkat segala kesukarannya oleh Allah”
والله أعلم