TAWAKKAL
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan ada pun para pedagang besar, mereka menempuh perjalanan darat dan laut, mereka membawa diri dan harta harta mereka ke timur ke barat, ke sana ke mari dan mereka menempatkan diri mereka dalam 2 keadaan:
1. Nyawa akan hilang ( kerana dirompak, di bunuh, mati dalam perjalanan dll.)
2. Mendapat keuntungan besar daripada hasil dagangan nya dan bertambah hartanya.
Dan ada pun penjual kecil kecilan seperti di pasar, hati mereka lemah dan niat keazaman mereka itu nipis, hingga mereka tidak mampu memutuskan kepergantungan kepada diri dan harta mereka.
Sepanjang hidup mereka hanya antara rumah dan kedai nya sahaja. Bolak balik itu saja.
Mereka tidak boleh mendapatkan darjat yang mulia seperti para raja. Dan dia tidak boleh mendapatkan keuntungan besar seperti para pedagang besar tadi.
Dan apabila mereka mendapatkan keuntungan 1 dirham daripada jualan di pasar, maka itu telah besar menurutnya kerana hati nya telah tergantung dengan sesuatu yang sedikit dan risiko yang minima.
Inilah situasi anak anak dunia.( para pencari dunia)
Adapun anak anak akhirat ( para pencari akhirat) modal mereka adalah TAWAKKAL dan memutuskan hati daripada kepergantungan kepada makhluk.
Ketika mereka mengamalkannya ( betul betul tawakkal) dan mereka memberikan hak hak nya ( memutuskan hati daripada ikatan dunia ~ tidak takut bisikan iblis dengan ancaman kemiskinan, kesakitan dll )
~ contoh 2 orang yang beribadah.
1. Beribadah kerana malas berusaha tetapi hati nya tidak bergantung kepada Allah, dia menggunakan ibadahnya sebagai cara mendapatkan dunia kerana masih mengharapkan makhluk, mengharapkan manusia lain membantunya. Ini lah penunggang agama.
2.Seorang lagi beribadah sepenuh hati sesuai perintah Allah. Fokus ibadah tanpa mengharapkan balasan makhluk. Hatinya hanya mencari keredhoaan Allah Taala semata mata.