KENAPA PERLU BERTAWAKKAL
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Mereka meluangkan WAKTU untuk beribadah kepada ALLAH TAALA. ( mempersiapkan harta, diri, waktu tanpa diganggu gugat @ terikat oleh hal lain)
Dan mereka boleh menyendiri daripada manusia sehingga bebas ke serata pelusuk dunia, berjalan menelusuri lembah², mendaki menuruni gunung² dan bukit² sehingga mereka menjadi hamba² ALLAH yang kuat dan mereka menjadi tokoh² agama dan menjadi orang² yang bebas dan hakikatnya mereka lah raja² dunia. ( Raja yang tidak takut dengan musuh, kehilangan takhta , tidak memerlukan jawatan dll)
Raja yang sebenarnya adalah orang yang BEBAS daripada keterikatan dengan DUNIA.
Raja yang sebenarnya adalah mereka yang BEBAS beribadah kepada ALLAH TAALA.
Mereka mahu ke mana² pun asalkan untuk beribadah. Dan mereka tinggal di mana² pun mereka mahu.
Kenapa mereka seperti itu?
Ini semua kerana mereka hanya mencari ilmu dan ibadah semata mata.
Tiada halangan untuk beribadah dan tiada sesiapa boleh menghalangnya.
Setiap tempat itu sama bagi mereka.( di masjid kah, dipenjarakah, sama saja)
Setiap masa itu sama bagi mereka. ( siang malam , sihat sakit, suka duka sama saja)
Dan itulah yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw
” Barangsiapa yang ingin menjadi orang paling kuat, maka hendaklah dia bertawakkal kepada ALLAH TAALA .
Dan barangsiapa ingin menjadi manusia paling mulia, maka hendaklah dia bertawakkal kepada ALLAH TAALA.
Dan barangsiapa yang ingin menjadi orang yang paling kaya, maka hendaklah dia lebih yakin , percaya terhadap apa yang ada di tangan ALLAH daripada apa yang ada di tangan sendiri ”
( Dan Allah maha kaya, sedangkan kamu itu miskin semua nya)