ADA 4 PERKARA TENTANG MASALAH HATI:
Panjang angan-angan, tergesa-gesa, hasad dan sombong
Di khususkan masalah ini kerana 4 perkara itu adalah penyakitnya ahli ibadah dan para ulama’.
Kebanyakan mereka terkena penyakit ini. Berbeza dengan orang awam yang jarang terkena penyakit ini.
Masalahnya adalah apabila terkena kepada ulama dan ahli ibadah ianya lebih buruk.
4 perkara itu ialah:
- Kalau melihat seorang ulama’, dia ini panjang angan² dan dia menganggap panjang angan² itu sebagai niat yang baik sedangkan ianya adalah panjang angan² sehingga dia malas dan menunda² amal.
- Dan kamu lihat ulama’ dan ahli ibadah ini tergesa² untuk memperolehi darjat kebaikan. Akhirnya mengaji terburu², ibadah terburu², mahu doanya cepat diijabah hingga akhirnya dia dihalang/diharamkan hajatnya oleh Allah kerana terburu².
Sebenarnya Allah Taala akan mengabulkan doanya, tetapi kerana dia tergesa² maka Allah Taala tidak jadi memberikannya.
Atau pun dia terburu² mendoakan keburukan atas seseorang, dan Allah kabulkan doa nya tetapi akhirnya dia menyesal pula mendoakan keburukan atas orang tadi.
Seperti doa Nabi Nuh as yang meminta kehancuran orang² kafir,, hingga hancur semua nya.
Nuh 71:26
وَقَالَ نُوحٌ رَّبِّ لَا تَذَرْ عَلَى ٱلْأَرْضِ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ دَيَّارًا
Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
- Dan kamu melihat ulama dan ahli ibadah itu, dia hasad , iri dengan dengan teman-teman mereka terhadap kurniaan Allah kepada temannya. Sehingga hasad yang ada pada diri mereka itu membawa keburukan, kehinaan yang tidak pernah dilakukan oleh orang yang fasik sekali pun.
Hasad orang yang fasik tidak sehasad ulama’ yang tingkatan hasadnya amat tinggi.
Ini terjadi kepada ahli kitab. Bukan perkara biasa².
An-Nisa’ 4:54
أَمْ يَحْسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦۖ فَقَدْ ءَاتَيْنَآ ءَالَ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَءَاتَيْنَٰهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
Yang hasad dalam dalil ini, adalah pendeta² yahudi yang membaca Taurat, yang hasad dengan Nabi Muhammad saw.Contoh lain adalah hasad saudara² Nabi Yusuf as.
Yusuf 12:90
قَالُوٓا۟ أَءِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُۖ قَالَ أَنَا۠ يُوسُفُ وَهَٰذَآ أَخِىۖ قَدْ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْنَآۖ إِنَّهُۥ مَن يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Mereka bertanya (dengan hairan): “Engkau ini Yusufkah? ” Ia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
Maka kerana itu Imam Sufyan at tsauri rahimahullahu taala berkata:
tidak lah aku khuatir kan darah ku dan keselamatan ku, kecuali qura’ dan ulama’
Maka orang² pun kehairanan, ” benarkah?” Lalu beliau mengatakan ” Bukan aku yang mengatakan nya tetapi Imam Ibrahim anNakhaei rahimahullahu taala yang mengatakannya.”
( Ulama itu ketika baik, melebihi malaikat dan ketika buruk mengatasi Syaitan)
Dari Imam Atho’ Rahimahullahu ta’ala beliau mengatakan:
“Imam Sufyan at tsauri mengatakan kepada ku
Hati² lah terhadap para Qura’ dan ulama’ termasuk diri ku, kamu juga harus hati² kerana jika kami berbeza pendapat tentang sebiji Delima, aku katakan delima itu manis sedangkan mereka mengatakan delima itu masam.
Terjadi perbezaan seperti itu, maka saya takut keselamatan diri ku. Mereka boleh menfitnah ku kepada pemerintah hingga mungkin aku terbunuh kerana pendapat delima itu.
Maka di sinilah keperluan meminta petunjuk ( hidayah ) daripada Allah Taala .
Iblis yang ahli ibadah, berilmu pun boleh tergelincir ke dalam kesombongan, apatah lagi kita yang lemah.
Maka hendaklah kita kembali kepada ALLAH TAALA, agar ALLAH TAALA menjaga kita semua dengan penjagaan Nya.
Sesungguhnya Dia Allah zat yang maha pemurah, zat yang Maha Mulia.