PERMULAAN: KITAB MINHAJUL ABIDIN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Kitab yang dikarang oleh al Imam Ghazali rahimahullahu taala . Kitab teristimewa ( karangan terakhir beliau) & diimla’ kan kepada murid murid pilihan beliau.
Segala pujian bagi Allah, Zat yang layak dipuji. Zat Yang maha bijaksana ( segala sesuatu dicipta dengan hikmah, mempunyai alasan atas setiap tercipta atau tidaknya ssuatu ) . Maka kita tidak boleh bertanya kenapa, mengapa begitu begini kerana kita tidak tahu rahsia di sebalik sesuatu.
Zat yang maha pemurah ( kemurahan Allah terus menerus tanpa henti, berbeza dengan makhluk yang ada kala memberi ada kala tidak.) Kemurahan Allah tidak ada batasnya malah orang yang menyekutukan Allah pun diberikan kebaikan, membuktikan kemurahanNya tanpa batasan.
Al ‘Aziz yakni maha mulia. Kemuliaan Allah itu mutlak.
Ar Rahim , Zat yang maha penyayang, kasih sayangNya Allah kepada hamba yang beriman.
Zat yang menciptakan manusia dengan sebaik baik penciptaan. Bermaksud manusia lebih baik daripada penciptaan jin dan malaikat. Dan apabila seseorang menjadi hamba yang bertakwa, manusia itu lebih mulia daripada malaikat (makam tertinggi).
Allah menciptakan langit lamgit dengan kekuasaan Nya. Sesungguhnya jika Allah ingin mencipta sesuatu, cukup dengan hanya KUN (jadilah), FAYA KUN (maka jadi).
Saat seseorang itu menyakini kekuasaan Allah, kenal Allah sebagai Tuhannya, maka dia telah mendapat kekuasaan dan segalanya .
من وجد الله وجد كل شيئ
Barang siapa mendapatkan Allah, maka dia telah mendapatkan segala sesuatu.
ومن فقد الله فقد كل شيئ
Barang siapa kehilangan Allah, maka dia telah kehilangan segala sesuatu.
Allah Maha Pengatur. Mengatur segala urusan dunia akhirat dengan penuh hikmah. Hikmah alQuran, asSirath, Syurga, Neraka dll kesemuanya di dalam pengetahuan dan pengaturanNya.
Dan tidaklah Allah ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Nya. Maksud ibadah adalah menjalankan perintah AllahTaala dan meninggalkan laranganNya.
Dan itu sebagai satu ketaatan kepada Allah. Dan sesungguhnya keredhaan Allah itu lebih besar daripada syurga.
Ibadah adalah buah daripada ilmu. Ilmu perlu ada untuk beribadah. Hanya dengan ilmu, diketahui perintah dan larangan Allah.
Allah telah mengajarkan ilmu kepada Nabi Adam as hingga menjadikan Baginda lebih mulia daripada malaikat dan jin.
Dan setiap ibadah tanpa ilmu akan ditolak.
Hasil usaha daripada Hamba yang kuat beribadah disebabkan oleh pertolongan Allah. kerana tiada sesiapa berupaya beribadah tanpa pertolongan Nya .
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Kekuatan ibadah itu ketika merasa dilihat dan diawasi Allah. Kuat menahan nafsu , kuat menghabiskan waktu beribadah kerana waktu itu amat berharga bagi orang yang salik (menuju) kepada Allah.
Sesungguhnya ibadah adalah jalan ketaqwaan. Allah ingin hambaNya menyebut nyebut nama Nya . Ibadah itu dengan rasa dan keinginan (azam) yang tinggi. Ibadah itu adalah syiar ( ciri² khas) orang yang mulia. Ibadah itu pekerjaan orang² yang sejati/berani. Ibadah itu pilihan daripada mereka yang beraqal. Ibadah itu pilihan/jalan kebahagiaan menuju ke Syurga.
Allah berfirman:
وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
Aku adalah Tuhan mu, maka sembah lah Aku.
‘Aku’ membuktikan ada nya Allah, Selayaknya bagi Robb untuk disembah.
Dan wajib ingat tujuan penciptaan seseorang itu hanyalah untuk menyembah Allah Taala yakni beribadah kepada Allah.
Menyembah itu adalah melakukan semua ibadah yang Allah suka seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca alQuran, haji, zikir dan lain lain yang akan mendekatkan diri kepada Allah.
Dan dunia itu terkutuk! Kecuali semua yang mendekati kepada Allah.Terkutuk itu jauh daripada rahmat Allah, tiada kebaikan padanya jika menjauhkan dari Allah.
والله أعلم