BAB: KESIMPULAN TENTANG MAKHLUK
Dan kamu akan tahu bahawasanya manusia itu tiada yang setia dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mereka lebih banyak daripada apa yang mereka balas/berikan. Maka hendaklah kamu tinggalkan mereka, jangan bergaul dengan mereka kecuali sesuatu hal yang mendesak yang perlu keterlibatan mereka. Sehingga kamu mendapat manfaat kebaikan mereka dan sehingga kamu boleh menghindari keburukan mereka.
( contohnya jika kita berikan mereka RM50, belum tentu hasil balasan mereka setimpal)
Dan hendaklah kamu menjadikan persahabatan kamu dengan orang yang kamu tidak akan rugi ketika kami bergaul dengannya.
Jangan sampai kamu kerugian ketika bersahabat dengan nya. Dan kamu tidak menyesal kerana berkhidmat kepada nya.
Siapakah yang patut kita bersahabat ya?
Yang harus kamu jadikan teman adalah orang yang sentiasa mengingatkan kamu kepada kitabullah . Maka persahabatan itu tidak akan memberikan penyesalan. Jika dia sentiasa mengingatkan kita kepada kitabullah maka kitabullah itu akan bersama kita dalam setiap keadaan. Dan kamu akan lihat dari alQuran itu setiap yang bagus. Allah memberikan kepada kita yang terbaik melalui AlQuran. Kerana itu janji Allah ” Kitab ini adalah kitab yang barkah”
Jika hati mahu barkah, maka masukkan alQuran dalam hatinya.
Jika mahu tangannya barkah, maka pegang AlQuran
Jika mahu matanya barkah, maka lihatlah alQuran.
Jika kamu lisannya barkah, maka bacalah AlQuran.
Maka kamu akan lihat di dunia semua kurniaan Nya , keutamaan, pemberian Nya diberikan kepada orang yang dekat dengan AlQuran. Dan di akhirat juga seperti itu.
Dan kamu akan mendapati AlQuran itu, ia akan bersama kamu dalam menghadapi kesulitan dunia akhirat.
Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah saw:
“Jagalah Allah,( jagalah perintah dan larangan Nya) , maka Allah akan menjaga kamu dalam segala keadaan.”