13Feb 2023
BAB:KESIMPULAN TENTANG DUNIA, MAKHLUK, SYAITAN DAN NAFSU
- Tentang Dunia
Dan kesimpulannya, jika kamu melihat dengan akal fikiran, maka kamu akan mengetahui bahawa DUNIA TIDAK AKAN ABADI, FANA.
Dan manfaatnya kebaikan dunia ini, tidaklah sebanding dengan kemudaratan keburukannya.
Contoh: Badan keletihan, hati sibuk dengan dunia, siksaan yang pedih dan hisab yang panjang di akhirat.
Maka hendaklah kamu zuhud daripada fudhul ( berlebihan ) dengan dunia.
Maka kamu jangan mengambil dari dunia kecuali suatu keperluan untuk ibadah kepada Tuhan mu.
Dan tundalah keinginan bersenang senang dan menikmati dunia hingga berjaya ke SYURGA , negeri kenikmatan. ( Darul Naim )