BAB: MENJAGA PERUT (AKHIR):
Dan semakna perkataan seperti itu, Ibrahim bin Adham rahimahullahu taala berkata:
Aku telah bersama dengan orang² yang dekat dengan Allah ( Uzlah ) di Gunung Lubnan dan mereka menasihati ku:
” Wahai Ibrahim, jika kamu kembali kepada anak² dunia ( orang yang sibuk dengan dunia), maka nasihati lah mereka dengan 4 hal:
- Katakan kepada mereka: ” Barangsiapa yang banyak makan, dia tidak akan mendapatkan kelazatan dalam ibadah.”
- Barangsiapa banyak tidur, dia tidak akan mendapatkan keberkahan di dalam umurnya.
- Barangsiapa yang mencari keredhaan manusia, maka jangan sesekali dia mengharapkan keredhaan Allah Taala, kerana keredhaan ALLAH TAALA itu tidak akan pernah bersatu.
An-Najm 53:32
ٱلَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلْإِثْمِ وَٱلْفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلْمَغْفِرَةِۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْۖ فَلَا تُزَكُّوٓا۟ أَنفُسَكُمْۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
- Barangsiapa yang banyak bicara perkara sia sia dan ghibah, maka dia tidak akan keluar dari dunia dalam keadaan beragama Islam.
Daripada Sahl bin Abdullah rahimahullahu taala berkata:
Semua kebaikan itu terkumpul di dalam 4 hal dan kerana itu para wali mencapai maqam wali abdal ( Abdal bermaksud jamak daripada badal = pengganti.)
Wali ada beberapa maqam : wali kutub, wali autad , wali nujaba’ dan wali abdal
Wali abdal mereka adalah 40 orang yang terkumpul. Nabi saw bersabda: Mereka itu ada di Syam , setiap kali meninggal salah seorang dari mereka, maka Allah gantikan kembali dan hati mereka seperti hati Nabi Ibrahim as.
Mereka tidak menjadi wali kerana banyaknya puasa, banyaknya solat. Tetapi mereka terpilih menjadi wali abdal kerana hati mereka bersih dari sifat² tercela, tidak menyakiti orang lain kerana mereka itu sentiasa menasihati umat.
Kerana mereka juga, ALLAH turunkan PERTOLONGAN NYA ( makan, minum ) untuk umat ini.
Ada pendapat mengatakan bukan khusus di Syam tetapi menyeluruh seluruh dunia dan mereka menjadi asbab pertolongan Allah.
Maka seseorang itu menjadi wali abdal kerana:
- Perut mereka sentiasa berlapar.
- Mereka sentiasa diam.
- Mereka menyendiri daripada manusia.
- Mereka berjaga malam.
∗∗∗
Sebahagian ulama’ ariffin mengatakan ” LAPAR ITU MODAL KITA”
Maksudnya semua yang kita dapati , kesungguhan, keselamatan, ibadah, kemanisan ibadah , ilmu yang bermanfaat , semua itu disebabkan boleh menahan lapar dan bersabar kerana ALLAH TAALA .
( Ilmu yang bermanfaat diperolehi melalui kesabaran ketika berlapar)