BAB: MENJAGA PERUT
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata :
Cukuplah bagi mu matlamat mu adalah ibadah. Dan untuk mendapat hasilnya, buahnya anggaplah makanan itu adalah benihnya dan air siramannya adalah amal ibadah.
Maka untuk boleh beribadah berpunca bermula dari benih . (Barangsiapa yang tidak menanam , dia tidak akan menuai hasilnya)
Akan tetapi apabila benih itu rosak , tidak berkualiti, kira² apakah bagus untuk ditanam?
Benih yang rosak tidak akan menumbuhkan apa². Bahkan boleh merosakkan struktur tanah hingga tiada tanaman lain boleh ditanam.
Oleh itu, telah sampai riwayat daripada Imam Ma’ruf al Karkhi rahimahullahu taala:
Apabila kamu berpuasa, maka lihatlah apa yang kamu makan ketika berbuka dan di rumah siapa kamu berbuka, dengan siapa kamu berbuka dan makanan siapa yang kamu makan.
Maka berapa ramai orang yang makan satu suapan , kemudian menjadikan hatinya berbalik dari sebelumnya ( hatinya tidak dapat melakukan ketaatan). Makanan itu menyebabkan lalai daripada melakukan ibadah. Maka hati nya tidak akan kembali kepada keadaan sebelumnya selama-lama nya.
Dan berapa banyak suapan yang menghalangi Qiyamullail.
Dan berapa banyak pandangan mata yang menghalangi daripada membaca satu surah.
Dan sesungguhnya seorang hamba yang makan hanya satu suap saja sehingga ALLAH TAALA mengharamkannya daripada bangun malam setahun.
Maka imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:
Maka hendaklah kamu wajib untuk melihat dengan teliti dan juga wajib( penting ) berhati hati dalam soal makanan mu.
(Apa yang perlu dilihat dan berhati hati dalam masalah makan )
Jika kamu mengambil berat soal hati mu dan kamu mempunyai semangat untuk beribadah kepada Tuhan Mu, ini apabila makanan itu masih HALAL.
Kemudian kamu juga wajib beradab ketika makan. Dan jika tidak beradab ketika maka kamu itu seperti orang yang membawa perut ke mana mana, menyia-yiakan waktu hanya untuk makan. Padahal kita sudah tahu dan yakin bahkan kita lihat dengan mata kepala sendiri bahawasanya ibadah tidak akan boleh dibuat ketika perut kita penuh ( kenyang) walaupun kamu paksa kan diri mu untuk beramal , ianya tetap sulit, walaupun kamu bermujahadah dengan pelbagai cara.
Seandainya kamu paksakan diri untuk beribadah pun, hasilnya tidak maksima dan sempurna. Maka kerana itu dikatakan :
JANGAN KAMU BERHARAP MENDAPATKAN KEMANISAN IBADAH DALAM KEADAAN PERUT KENYANG.
Dan mana ada cahaya dalam jiwa tanpa beribadah!
Dan mana ada cahaya dalam ibadah apabila tiada kelazatan ibadah!
bersambung …