AMALAN YANG ALLAH TAALA BUAT DAN DIPERINTAHKAN HAMBA-NYA BUAT?
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله عدد من صل عليه
Dalam banyak banyak amalan , apakah amalan yang ALLAH TAALA buat dan diperintahkan hambaNya buat?
Satu satunya yang ALLAH TAALA buat dan kita juga buat adalah SOLAWAT.
ALLAH TAALA BERSOLAWAT
PARA MALAIKAT BERSOLAWAT
UMAT ISLAM BERSOLAWAT
Yang tidak bersolawat adalah iblis dan kuncu² nya.
Adakah kita mahu mengikut dan mentaati perintah Allah Taala atau mengikut Iblis laknatullah?
Sesungguhnya orang yang banyak bersolawat, dia dikurniakan banyak rahmat² yang tidak terhitung.
Allah Taala akan membalas sepuluh rahmatNya kepada mereka yang bersolawat sekali saja.
Para malaikat pula meminta keampunan untuk mereka yang bersolawat.
Itu baru sekali solawat.
Bayangkan mereka yang bersolawat melalui DALAILUL KHAIRAT ?
Bukan sepuluh rahmatNya tapi sebanyak bilangan penciptaan Allah, sebanyak bilangan makhluk hidup dan mati, sebanyak penciptaan jin, malaikat, manusia.
Sebanyak mereka yang bersolawat.
Sebanyak mereka yang tidak bersolawat.
Sebanyak tarikan nafas.
Sebanyak hembusan nafas.
Sebanyak haiwan yang hidup.
Sebanyak haiwan yang mati.
Sebanyak haiwan yang berjalan.
Sebanyak haiwan yang berenang.
Sebanyak haiwan yang melata.
Sebanyak haiwan yang terbang.
Sebanyak bintang di langit
Sebanyak pasir di bumi
Sebanyak air hujan
Sebanyak air laut
Ya Allah..
tidak tertulis dan betapa hebatnya ganjaran rahmat untuk mereka yang bersolawat melalui DALAILUL KHAIRAT ini.
Oleh itu adakah urusan dunia yang tidak pernah selesai itu, memberikan pulangan sebanyak ganjaran rahmat kepada pembaca solawat Dalailul Khairat?
Moga moga kalian dipilih membaca DALAILUL KHAIRAT ini dan memperolehi peluang sebanyak tawaran ALLAH TAALA.