TIP MERASA TENANG DAN MUDAH REZEQI
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sesungguhnya ramai di kalangan kita menghadapi masalah yang sama yakni Stress,depresi,anxiety dengan ujian² kehidupan ini.
Kemarin, saya bertemu seorang isteri yang hampir membunuh diri kerana masalah kewangan rumahtangga dan dia seorang pengasuh kanak² yang juga telah ada perasaan ingin membunuh kanak² itu.
Puncanya kerana suaminya gagal untuk mencukupkan keperluan rumahtangga dan semua terletak di bahunya.
Kini dia sedang diawasi pakar sakit jiwa. Saya amat simpati kepadanya.😥
Raya lalu pula saya dikejutkan kisah seorang isteri yang telah meninggal dunia juga akibat depresi kerana suami yang gagal mencukupkan keperluan rumahtangga sering menghina isterinya ” Jika abang tak kawen dengan ayang, sampai mati ayang tak berlaki”
Kata² penghinaan itu menyebabkan isterinya itu merasa tertekan hingga sakit dan membawa kematiannya.
****
Tadi saya dapat satu whatsapp tentang kesedihan seirang ibu terhadap anaknya:
” Hari ni naik angin sikit dah habih dah sesi dengan Aidil yang bongsu tu beletiaq pasai tak pi Jemaah kat surau hu hu.
Sedih la bila anak² ni kita didik dari kecik dengaq azan naik basikal pi surau dah besaq dok kena suruh selalu.”
Sedih dan hanya mampu menangis.
***
Ibu²
Saya juga pernah hadapi pelbagai masalah. Pernah anxiety, hampir depression. Kecewa dengan sikap anak² dan suami, mertua dll hingga menangis. Pernah semua tu.
Namun, Alhamdulillah saya kini merasa cukup tenang. Tenang tanpa risau apa² termasuk tiada kerisauan tentang anak², suami dan rezeqi.
Ketenangan inilah yang ingin saya kongsikan , saya akan Share bagaimana setelah saya beramal membaca Solawat², saya baru tahu bahawa hidup ini simple dan mudah sekali.
Tiada lagi perbalahan dengan suami dan anak².
Rezeqi bertambah dan mudah
Diberikan kesihatan yang baik .
wallahu ‘alam
Alhamdulillah banyak sekali PERTOLONGAN ALLAH TAALA yang ingin saya share dengan puan².