Bab Mengatur Rezeki (Sambg.) – Pasrah
PASRAH
Ada pun mengenai pasrah kepada ALLAH TAALA tentang rezeqi terdapat 2 point yang perlu direnungkan.
1) Kamu harus ketahui bahawa ikhtiar ( hak memilih ) itu tidak akan boleh kecuali jika dia benar2 berilmu pada semua sudut, baik zohir atau batin, arif membuat pertimbangan sekarang dan akan datang.
Dan jika tidak berilmu, maka dia akan merosakkan, menghancurkan daripada yang baik kepada yang buruk.
Inilah keadaan pasrah yang dituntut dalam agama. Pasrah keseluruhan kepada ALLAH TAALA kerana Dia yang maha mengetahui kesemuanya.
Pasrah itu adalah menyerahkan kepada ALLAH TAALA yang maha mengetahui semua sudut zohir batin. Zat maha mengetahui akan hal masa lalu dan masa depan .
(Dan menyedari kekurangan diri)
Contoh PASRAH:
Cuba lihat bagaimana menurut mu ketika kamu berkata kepada seorang Badwi atau pengembala kambing:
” Cuba kamu pilihkan untuk aku, cetakan wang dirham yang paling berkualiti dan kurang kualiti.”
Maka dia tidak akan tahu kerana dia tiada ilmu kewangan.
Dan apabila kamu katakan kepada orang pasar yang bukan ahli kewangan , dia juga sukar menentukan mana yang berkualiti.
Maka kamu tidak akan merasa tenang kecuali kamu menyerahkan hal itu kepada ahli kewangan, yang arif bab kewangan, yang mempunyai pengalaman dalam hal itu.
Dan ilmu yang mengetahui semua sudut² zohir batin itu hanya dimiliki oleh ALLAH TAALA saja.
Maka tiada seorang pun yang berhak untuk memilih ( ikhtiar ) dan mengatur semua hal kecuali ALLAH TAALA zat yang maha mengetahui.
Maka ALLAH TAALA berfirman:
Al-Qasas 28:68
وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ وَيَخْتَارُۗ مَا كَانَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُۚ سُبْحَٰنَ ٱللَّهِ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.