Bab Mengatur Rezeki – Pasrah (samb.)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan diriwayatkan oleh sebahagian orang orang soleh bahawa dikatakan salah seorang daripada mereka, beliau bermimpi berjumpa dengan ALLAH TAALA dan ALLAH TAALA menyuruhnya meminta apa saja, kamu akan diberikan .
Lalu dia berkata:
” Engkau zat yang maha mengetahui akan segala sesuatu berfirman mengatakan kepada orang yang jahil dengan segala sesuatu , apa yang sebaiknya aku meminta?
Akan tetapi Wahai Allah, daku memohon Engkau lah yang memilih untuk ku”
Point kedua wajib PASRAH
Bagaimana menurut mu, jika ada orang yang mengatakan kepada mu,” Aku akan menanggung kesemua urusan mu dan aturkan semua untuk mu, maka pasrah kan lah kepada ku dan fokuslah dan sibuklah kamu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk mu” Dan dialah orang yang paling mengetahui , paling berkuasa, paling kuat, paling penyayang, paling jujur menepati janji.
Bukan kah kamu akan merasa itu paling beruntung dan menganggap itu ni’mat paling besar?
Sehingga kamu mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hati. Dan kamu akan mengucapkan pujian yang sangat indah.
Kemudian apabila dia memilihkan sesuatu yang kamu tidak mengetahui kebaikan nya ada di sudut mana, maka jangan kamu mengeluh, jangan merungut kerana dia yang paling mengetahui, paling jujur , paling berpengalaman, paling penyayang kepada kamu, maka jangan kamu merasa pilihannya salah hingga kamu protes keputusannya.
Bahkan kamu seharusnya percaya dan merasa tenang terhadap pengaturan nya.
Maka bagaimana kamu bersikap dengan ALLAH TAALA?
Kamu tidak pasrah kepada ALLAH TAALA Tuhan sekalian ‘alam ?
Padahal ALLAH TAALA adalah Zat yang mengatur segala sesuatu dari langit hingga ke dunia.
As-Sajdah 32:5
يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ إِلَى ٱلْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; dari langit ke bumi; kemudian di angkat naik kepada pengetahuanNya ,pada suatu masa yang banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.
Dan Dia itu lebih mengetahui daripada semua orang yang mengetahui dan yang paling berkuasa daripada semua yang berkuasa, paling penyayang daripada semua yang penyayang dan paling kaya daripada semua yang paling kaya.
Dan ALLAH TAALA memilih untuk mu dengan kelembutan ilmu Nya dan kebaikan pengaturan tadbir Nya , yang ilmu mu itu tidak terjangkau langsung.Dan tidak terjangkau kefahaman mu dan sibuk lah dan fokuslah untuk sesuatu yang bermanfaat untuk akhirat.
Dan apabila ALLAH TAALA memilihkan sesuatu untuk mu yang kamu tidak akan mengetahui rahsia di sebaliknya, maka redho sahaja kerana itu yang terbaik untuk mu dan bertenanglah dengan segala nya kerana itu pilihan yang terbaik untuk mu.
Renungkanlah , maka kamu akan mendapat petunjuk. Dan taufik petunjuk itu kepunyaan Allah.
insyaAllah
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم