Bab Pengaturan Rezeki – Redho Dengan Qadho’
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Bab pengaturan rezeqi berkaitan REDHO DENGAN QADHO’ ( KETETAPAN ALLAH)
Adapun redho atas ketetapan ALLAH TAALA maka renungkanlah 2 asas ini yang akan membuatkan kamu cukup , berlapang dada hingga tidak perlu alasan alasan lain.
1. Di dalam REDHO ini terdapat manfaat untuk kehidupan dunia sekarang dan akhirat.
Manfaat di dunia sekarang ini adalah hati mu akan tenang dan meringankan beban fikiran mu daripada hal yang tidak berfaedah .( Tidak akan serabut dan tidak banyak berfikir)
Maka sebahagian ahli zuhud mengatakan:
” Apabila taqdir itu benar benar kewujudannya, maka beban fikiran keluh kesah itu tiada bermanfaat.”
Ternyata bila diteliti telah sama dengan hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada Abdullah bin Mas’ud r.ahu:
” Janganlah kamu berkeluh kesah dan apa yang telah ditaqdirkan akan terjadi dan apa yang bukan rezeqi kamu, tidak akan datang kepada mu”
Hadith ini telah mencakupi semua hal yang sangat ringkas lafaznya dan mengandungi makna yang luas.
Adapun manfaat untuk akhirat akan mendapat pahala dan keredhoaan Allah Taala.
Allah Taala berfirman:
Al-Bayyinah 98:8
رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُۚ
.
Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.
Kenapa Allah Taala redha kepada nya?
Kerana mereka redho terhadap ketetapan Allah sehingga mereka taat kepada ALLAH TAALA sehingga mendapat keredhaan Allah Taala yang merupakan masuk Syurga.
Seseorang itu akan merasakan kemanisan iman apabila Allah Taala redha kepada nya.
Kemanisan Allah sebagai tuhan nya
Islam sebagai agama nya
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai rasul nya.
Dan jika seseorang itu tidak redha dengan ketetapan Allah dengan memarahi ketetapan itu, dia akan stress, keluh kesah, sedih dan seumpamanya dan lebih parah dia akan berdosa dan menderita di akhirat .
Ketahuilah ketetapan Allah Taala itu pasti berlaku, maka ia tidak akan berubah walaupun kamu kesal, marah , sedih, merungut, menentang .
Sebagaimana dikatakan dalam syair
” Wahai jiwa ku, sabarlah atas segala ketetapan Allah maka kamu akan mendapat keamanan daripada sesuatu yang tidak ditetapkan untuk mu.
Dan yakin lah bahawa perkara yang ditaqdirkan itu, pasti terjadi , baik kamu sabar atau tidak sabar.
Kesimpulannya berkaitan ketetapan Allah ini:
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata :
“Orang yang berakal itu tidak akan memilih untuk bersedih tanpa faedah dengan menanggung dosa dan siksaan dibandingkan dengan ketenangan hati dan pahala di Syurga”.