BAB: MENJAGA MATA, LISAN, PERUT DAN HATI
Jagalah 4 anggota tubuh mu yang paling penting.
- Mata
Cukup kamu mengetahui bahawa baik buruknya agama atau dunia itu tergantung hati.
Keduanya boleh rosak kerana hati dan kebanyakan lintasan hati, sibuknya hati dan rosaknya hati itu disebabkan oleh mata.
Hati tidak akan berkeinginan, tak sibuk tak rosak jika tidak dipancing oleh mata.
Maka kerana itu Abi bin Abi Tholib ra berkata:
” Barangsiapa yang tidak boleh menjaga matanya maka hatinya tidak akan bernilai.”
Kerana harga nya hati tergantung apa yang dia lihat.
Mata yang paling bertanggungjawab atas masalah hati.
- Lisan
Dan cukuplah bagi mu mengetahui bahawa keuntungan mu itu dan harta rampasan mu dan hasil jerih perih mu itu dalam ibadah dan ketaatan itu boleh hilang, boleh hancur , boleh rosak kerana lisan.
Kerana kepura puraan dan keinginan berhias dengan ucapan dan ghibah dan seumpamanya.
Kesemua ibadah dan ketaatan mu habis semua kerana satu perkataan saja bahkan 15 tahun pun habis hancur.
Maka kerana itu, tiada sesuatu yang lebih layak, yang lebih lantas dipenjara dengan waktu yang lama melainkan lisan.
Dalam riwayat dikisahkan hal 7 orang ahli ibadah. Salah seorang mengatakan kepada Nabi Yunus as:
” Wahai Nabi Yunus, sesungguhnya ahli ibadah apabila mereka bersungguh sungguh untuk ibadah, tiada yang boleh kuat dan tidak akan boleh melindungi ibadah mereka dengan sesuatu yang lebih afdhol daripada sabar untuk tidak berbicara di waktu yang lama.
(bersambung)