Bab Sabar
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Point kedua bab Sabar:
Dalam kesabaran itu ada kebaikan dunia dan akhirat.
Faedah² sabar :
Keselamatan
Keberuntungan
Allah Taala berfirman:
At-Talaq 65:2
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Maksud di sini dia perlu bertaqwa kepada ALLAH TAALA dengan kesabaran.
Untuk menemui jalan keluar itu seiring dengan kesabaran. Yakni SABAR untuk TAQWA.
Ketika menunggu PERTOLONGAN ALLAH TAALA perlu kepada kesabaran.
KETAQWAAN bergandingan dengan KESABARAN.
…
Faedah sabar , dia akan mendapat kemenangan mengalahkan musuh.
Allah Taala berfirman:
Hud 11:49
تِلْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ ٱلْغَيْبِ نُوحِيهَآ إِلَيْكَۖ مَا كُنتَ تَعْلَمُهَآ أَنتَ وَلَا قَوْمُكَ مِن قَبْلِ هَٰذَاۖ فَٱصْبِرْۖ إِنَّ ٱلْعَٰقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
…
Dan di antara faedah sabar adakah dia akan mendapatkan apa yang dia inginkan.
Allah Taala berfirman:
Al-A’raf 7:137
وَأَوْرَثْنَا ٱلْقَوْمَ ٱلَّذِينَ كَانُوا۟ يُسْتَضْعَفُونَ مَشَٰرِقَ ٱلْأَرْضِ وَمَغَٰرِبَهَا ٱلَّتِى بَٰرَكْنَا فِيهَاۖ وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ ٱلْحُسْنَىٰ عَلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ بِمَا صَبَرُوا۟ۖ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُۥ وَمَا كَانُوا۟ يَعْرِشُونَ
Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)
Kesabaran Bani Israel yang dahulu menghadapi kezaliman Firaun, maka Allah Taala telah memberikan kemenangan kepada mereka.
…
Maka dikatakan oleh Nabi Yusuf a.s ( mengirim jawapan kepada Nabi Yaakub a.s):
Sesungguhnya bapa² mu, nenek moyang ( Nabi Ishak a.s dan Nabi Ibrahim a.s) telah bersabar , maka mereka pun beruntung semua nya, maka bersabarlah kamu sebagaimana mereka telah bersabar, maka kamu akan beruntung .
Dan semakna dengan perkataan itu ada Syair:
Jangan kamu berputus asa walaupun urusan itu panjang, jika kamu meminta tolong dengan bersabar, kamu akan menemui jalan keluar.
Maka orang yang bersabar, dia akan mendapatkan semua keperluan nya seperti orang yang sentiasa mengetuk pintu berterusan maka dia pasti akan dapat masuk.
Apabila sesuatu urusan itu semakin sulit, maka kesabaran akan membebaskan semua kesulitan itu dengan hasil yang menakjubkan .