Rintangan KeEmpat – Sabar
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
RINTANGAN KEEMPAT:
Berkaitan kesulitan² hidup dan musibah dan cara untuk mengatasinya adalah dengan SABAR.
Maka hendaklah kamu bersabar dalam semua keadaan kerana ada beberapa hal.
1. Agar boleh beribadah. Dan agar tujuan ibadah tercapai dan tuntutan ibadah itu terpenuhi.
Ianya kerana sesungguhnya, asas ibadah itu kesemuanya adalah dengan SABAR dan menanggung kesusahan dan kesulitan.
Barangsiapa yang tidak banyak bersabar, dia tidak akan mendapatkan/ mencapai hakikatnya ibadah.
Dan itu kerana orang yang ibadah kepada ALLAH TAALA dan betul² menyinsing tangan untuk beribadah, dia akan dihadapkan dengan kesulitan² dan ujian² dan musibah² dan rintangan² dari pelbagai sisi.
Sisi yang pertama:
Setiap bentuk ibadah mengandungi kesulitan ( tiada perintah yang mudah).
Oleh itu setiap kesulitan ibadah itu ada pendorong semangatnya dan ada pahala yang dijanjikan.
Seseorang tidak mampu beribadah kecuali dengan menghancurkan keinginan hawa nafsu dan mengalahkan dirinya.
(contoh: Bangun solat Subuh , perlu melawan nafsu tidur dan memaksa dirinya bangun solat )
Kerana nafsu itu tabiatnya menolak kebaikan. Dan melawan hawa nafsu, menundukkan diri termasuk perkara yang sulit bagi manusia.
Sisi yang kedua:
Kenapa kita harus menahan SABAR:
Sesungguhnya seorang hamba itu, ketika mengerjakan kebaikan dengan bersusah payah, maka dia wajib untuk berhati², sehingga kebaikan itu tidak akan rosak.
Rosaknya itu mungkin kerana sesuatu di dalam ibadah itu sendiri atau kerana dia gagal melanjutkan ibadah hingga ke puncaknya.
Dan istiqamah mengerjakan amal ibadah itu lebih berat daripada ibadah itu sendiri.
Doa supaya sentiasa diberikan kesempurnaan dalam kehidupan:
Ya Allah!
Kami meminta kepada Mu kesempurnaan ni’mat.
Kami meminta perlindungan dijauhkan daripada maksiat selama-lamanya.
Dan meminta rahmat keseluruhannya.
Dan meminta kesihatan yang terbaik.
Dan meminta kehidupan yang makmur.
Dan meminta kebahagiaan umur.
Dan meminta kebaikan yang sempurna.
Dan meminta keluasan ni’mat.
Dan meminta kurniaan yang paling manis.
Sisi yang ketiga:
Bahawa dunia ini tempat ujian.
Maka barangsiapa yang masih hidup di dunia , maka pasti akan di uji dengan pelbagai kesulitan dan pelbagai musibah.
Dan itu pelbagai macam. Antaranya musibah yang menerima keluarga, saudara terdekat, teman teman karib yang diuji dengan kematian, kehilangan, perpisahan.
Dan pada diri kita sendiri, Allah Taala uji dengan pelbagai macam penyakit dan kesakitan.
Dan pada kehormatan yang dihinakan orang, yang diumpati orang lain, yang difitnah orang lain.
Dan pada harta yang tidak kekal, terlepas, hilang.
Maka musibah² ini amat memedihkan dan membakar jiwa, memancing emosi kita.
Maka dia memerlukan kesabaran untuk menghadapi pelbagai jenis musibah itu.
Jika tidak sabar, maka penyesalan , berkeluh kesah akan menjauhkan / menghalang dia daripada ibadah kepada ALLAH TAALA.
Sisi yang keempat:
Bahawasanya orang yang mengutamakan akhirat , lebih banyak dan besar ujiannya kerana dia mempertimbangkan baik buruk sesuatu itu.
Dan barangsiapa yang semakin dekat kepada ALLAH TAALA, maka musibah² dan ujian² dunia lebih banyak, kesulitannya lebih sulit berbanding orang yang jauh daripada ALLAH TAALA .
Akan tetapi segala musibah, ujian dan kesulitan itu akan dibalas dengan kemanisan beribadah.
Seperti Nabi صلى الله عليه وسلم yang solat hingga bengkak² kaki nya, namun Baginda merasai kemanisan solat.
Bukankah kamu mendengar sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
” Orang yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang² yang mati syahid, kemudian orang yang seperti mereka .”
walaupun mereka paling dekat dengan ALLAH TAALA
Dan sungguh Allah Taala telah memberitahu kepada kita bahawa kita akan menghadapi ujian-ujian dan musibah-musibah yang akan ALLAH TAALA uji kepada kita.
Dan itu telah dipastikan dan ditekankan oleh ALLAH TAALA bahawasanya kamu akan diuji.
Ali-Imran 3:186
لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَذًى كَثِيرًاۚ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:
Seakan akan ALLAH TAALA berfirman PERSIAPKAN LAH diri kalian untuk menghadapi pelbagai ujian dan musibah.
Jika kamu bersabar, kamu akan menjadi orang yang hebat, berjaya.
Maka barangsiapa yang sudah berniat dan berazam untuk beribadah kepada ALLAH TAALA, maka wajib terlebih dahulu untuk mempersiapkan kesabaran yang panjang hingga mati.
Telah diriwayatkan daripada Imam Fudhail b. Iyadh rahimahullahu taala berkata:
Barangsiapa yang bertekad untuk menempuh jalan akhirat, maka hendaklah dia mempersiapkan diri nya menghadapi 4 warna kematian.
Putih
Hitam
Merah
Hijau.
Adapun kematian yang putih itu, adalah kelaparan.
Dan kematian yang hitam itu adalah penghinaan , ejekan, kutukan daripada manusia.
Dan kematian yang merah itu adalah sentiasa melawan bisikan² syaitan yang menakut² dengan kefakiran, menyuruh buat maksiat dengan umpan sekali saja bermaksiat, nanti bertaubat)
Dan kematian yang hijau itu adalah cubaan² yang datang silih berganti.
Kematian ini boleh jadi kematian yang sebenar benar kematian atau ibadahnya yang mati.