Meminta Tambahan Qadho’
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Apakah orang yang ridho dengan qadho’ , boleh meminta tambahan qadho’?
(ridho bermaksud dia telah puas hati, dengan qadho’)
Umpama nya Allah bagi sesuatu, boleh kah minta lagi?
Katakanlah kepadanya bahawa boleh minta tambah tetapi dengan syarat tambahan itu dalam kebaikan dan kemaslahatan yang bermanfaat.
Dan itu tidak mengeluarkan nya dari keredhoaan. Bahkan ini menunjukkan dia itu telah ridho dan ini lebih utama.
Kerana barangsiapa yang merasa kagum dengan sesuatu , maka dia akan meminta lagi.
Allah Taala juga bertambah gembira apabila makhlukNya meminta.
Contoh daripada Nabi saw:
Nabi saw apabila dihidangkan susu kepada Baginda, maka Baginda bersabda:
” Ya Allah berkahi lah kami kepadanya ( susu itu ) dan tambahkan lah kami dari keberkahannya ( susu itu )”
~ maksudnya boleh ditambah susu itu atau mendapat keberkahan asbab minum susu itu.
Dalam riwayat lain, Nabi saw bersabda ” Tambahkan lah kami yang lebih baik daripada nya”
Nabi saw meminta sesuatu yang lebih banyak keberkahan.
Maka, ini bukan bererti dalam salah satu atau kedua riwayat tadi, itu bukan bererti Nabi saw tidak ridho dengan qadho’ ketentuan Allah.
Jika kamu katakan, kenapa tidak disebutkan daripada Nabi saw, pengecualian dan syarat kebaikan dan kemaslahatan itu?
Maka ketahuilah sesungguhnya ini terkait dengan hati. Jadi tidak semestinya diperincikan kesemuanya.
Dan apa yang diucapkan oleh lisan, adalah ibarat cerminan hati.
Maka ianya tidak boleh dikatakan sesuatu yang tidak diucapkan oleh lisan tidak mencerminkan hati. Ucap atau tidak bukan suatu ketentuan kerana ianya terkait HATI .
Nabi saw itu hati nya suci bersih maka tidak perlu diisyaratkan apa apa.