BERJABAT TANGAN DENGAN JIBRIL.
Mungkin kita pernah membaca kisah para sahabat Rasulullah saw – semoga Allah meredhai mereka – yang berjabat tangan dan berperang bersama malaikat.
Dan semestinya kita mempercayai wujudnya makhluk yang dinamakan malaikat.
Kita juga mempercayai wujudnya hubungan di antara malaikat dan manusia.
Kita juga wajib menghafal bahawa malaikat yang bernama Jibril sebagai ketua malaikat dan penyampai wahyu dari Allah kepada Rasulullah saw.
Kita pernah mendengar bahawa Jibril mengajar Rasulullah saw solat Zohor.
Kita pernah mendengar bahawa Jibril sebagai guru Al Quran kepada Rasulullah saw.
Jibril juga datang bertemu Rasulullah saw sebanyak 2 kali pada bulan Ramadhan untuk sama sama tadarrus Al Quran dengan Baginda saw.
Allah memberitahu bahawa malaikat turun ke bumi pada malam Lailatul Qadar termasuk Jibril.
Ada riwayat yang mengatakan malaikat akan berjabat tangan dengan semua orang Islam yang beribadat pada malam itu.
Tanda jika kita berjabat tangan dengan malaikat atau Jibril :
1 ) Hati menjadi sebak.
2 ) Mata mengalirkan tangisan.
Perkara ini terjadi kepada masyarakat Islam yang berjabat tangan pada malam Lailatul Qadr.
Kerana mereka berjabat tangan sesama mereka selepas solat Maghrib, Isya , Terawih, Tahajud, Qiyamullail dan Subuh maka mungkin di kalangan mereka malaikat yang menyerupai manusia turut berjabat tangan.
Hal ini disedari dengan kedua dua tanda yang telah disebutkan.
Hal ini juga mungkin tidak berlaku jika malam Lailatul Qadr disibukkan dengan menonton drama atau filem , membeli belah di pasaraya dan lain lain , tidur dan pelbagai perbuatan yang merugikan kita.
Moga2 kita TERPILIH bertemu LAILATUL QADAR