KEADAAN KEADAAN BURUK MASYARAKAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN
1 ) Tidak mengetahui bulan ini dilarang makan, minum dan jima’ di waktu siang.
2 ) Berpuasa dan beribadat pada waktu malam kerana adat masyarakat Islam pada bulan ini bukan kerana Allah.
3 ) Menganggap ini peluang untuk makan pelbagai jenis makanan.
4 ) Menganggap ini peluang untuk tidak tidur pada waktu malam tanpa faedah.
5 ) Menganggap ini peluang untuk berniaga.
6 ) Meluangkan masa untuk menonton pelbagai drama, filem dan perlawanan bola sepak.
7 ) Melampaui batas dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan di pasaraya, expo, pasar malam dan bazar Ramadhan.
8 ) Suami dan bapa mengabaikan anak dan isterinya dengan lepak di warung atau restoran mamak.
Ini semua golongan orang Islam yang rugi pada bulan Ramadhan jika berakhir Ramadhan di dalam keadaan masih belum berubah.