BILA KAWAN MINTA TOLONG
Semalam keletihan sungguh. Tidur mesti yakin dan pasti akan berdengkur kuat. So Angah dah siap picitkan KD SPEECHLESS SCENT DAN AURA KD dia sembur muka saya.
Maka Ummi lena dan dibuai mimpi. Kata Angah kurang berdengkur . Dengkuran halus dan bermimpi . Mimpi tentang kawan.
Saya ditugaskan siapkan 1 ruang seminar. Maka pada hari seminar , kawan kawan datang dan seorang daripadanya Zahid kawan sekolah rendah.
Zahid tekun menulis results ujian nya. Wow! Banyak A. Saya pula bercerita kepadanya
” saya tak pernah ambil tahu result exam anak. Sebab anak saya belajar agama. Selagi tak hadam ilmu, ulang dan ulanglah .”
Zahid hanya mendongak sebentar tanpa bersuara.
Then saya sambung lagi menceceh.
” Ilmu dunia mati tak jadi pahala. Ilmu akhirat mati bawa pahala”
Dia diam juga.
Pastu semua peserta seminar masuk ke Musolla Assa’adah . Sekali lagi saya mengumumkan
“Wanita haid haram duduk dalam masjid ya”
Kemudian dibawa ke mana mimpi itu tak pasti. Sedar2 dah jam 3.30am. Bangun dan mimpi tu kembali.
Oh! Ya ALLAH. ZAHID DAH 2 TAHUN++ LEBIH MENINGGAL.
Allahu Akbar
Ruhnya datang menziarahi mungkin kerana mahu mengharapkan doa buatnya.
Setiap hari saya memang akan mengirimkan doa khas buat kawan2 yang telah meninggal dunia. Saya ingat Almarhum Shah Jahan. Ingat juga Almarhum Zul Azmi. Semalam teringat Almarhum Dan Almarhumah terutama tak akan padam Almarhumah Bintu Abu Bakar.
Saat menulis ni sebak . Pemergian demi pemergian. Teringat mimpi semalam teringat tentang kawan @ sahabat.
Di dunia ni. Ada sahabat. Ada kawan. Sahabat ni dia akan mendoakan kita tanpa keperluan @ kita minta. Kawan ni dia akan minta doa untuk dia.
Di dunia ni saya beribu ribu kawan. Ada yang dulu dianggap sahabat tapi rupa nya kawan. Baru teringat kata kata kawan ada beza dengan kata kata sahabat.
Kata kawan
ustazah doakan saya itu ini…dan bila doa maqbul, lama kelamaan dah renggang lalu menjauh.
Dulu yang tak pandai menjahit. Rapat sebagai sahabat. Bila dah pandai. Kini bagaikan musuh dalam selimut.
Ada juga yang dulu rapat kini dah berjaya . Bila ditanya kenapa tak datang dah jumpa saya?
Jawapannya
” oh saya segan dengan ustazah. Saya ni sapa lah kan?
Pelik dulu Sapa? Sanggup mai tidur baring bersama.
Itu adalah kawan.
Tapi Sahabat?
Nama kita hidup walaupun kita mati.
Sahabat sejati membawa ke Syurga. Sahabat sejati dia CUBA MEMBANTU walaupun kurang mampu. Sahabat sejati tak lupa siapa yang memimpin tangan . Sahabat sejati anugerah ALLAH TAALA.
SAYA MEMPUNYAI BEBERAPA ORANG SAHABAT SEJATI. SANGGUP MEMBANTU PERJUANGAN MEMBANTU AGAMA
Adakah kalian sahabat @ kawan saya?