Kepetahan Sayyidina Husain r.anhu
Pada masa kanak-kanaknya al Imam Husain r.anhu , seringkali ke masjid dan duduk di bawah mimbar RASULULLAH SAW serta menghafalkan segala yang NABI MUHAMMAD SAW khutbahkan, kemudian Saiyidina Husain r.anhu yang masih kecil pulang dan menceritakan kepada Ibundanya Sayyidah Fathimah Az-Zahra.
Suatu hari Ibundanya menyiapkan satu kerusi dan mendudukkan beliau di kerusi itu seraya berkata:
“Baiklah anakku sayang berceramahlah seperti datukmu”
Saiyidina Husain r.anhu pun menjelaskan apa yang dikatakan datuknya NABI MUHAMMAD ﷺ di Masjid dengan gaya bahasa yang sama.
Sayyidah Fathimah Az-Zahra pun bersyair tentangnya:
“Engkau serupa dengan ayahku engkau tak mirip dengan Ali”
Al Imam Ali kwj yang mendengar syair isteri tercintanya pun turut tersenyum.
Suatu ketika Sayyidah Fathimah Az-Zahra bercerita kepada Ayahandanya perihal keindahan tutur kata Saiyidina Husain r.anhu hingga NABI MUHAMMAD SAW pun ingin menyaksikan dan mendengar langsung ceramah cucunya tersebut namun Baginda SAW berkata kepada puterinya:
“Barangkali dia akan malu jika melihatku”
Lalu NABI SAW bersembunyi di balik tirai untuk menyaksikan dan mendengarkan ceramah cucunya.
NABI SAW pun bersembunyi di balik tirai dan Sayyidah Fathimah mempersiapkan Saiyidina Husain r.anhu untuk berceramah.
Namun sungguh tidak seperti kebiasaannya hingga Sayyidah Fathimah Az-Zahra r.anha pun hairan ketika menyaksikan putera kecilnya Saidina Husain r.anhu hanya berdiam diri tanpa sepatah kata yang keluar dari lisan mungilnya.
Lidah Saidina Husain r.anhu seolah kaku dan tidak mampu berucap apa pun hingga As-Sayyidah Fathimah Az-Zahra r.anha sangat hairan dan bertanya kepada puteranya :
“Apa yang terjadi wahai anakku sayang?”
Saidina Husain r.anhu menjawab kehairanan ibunya:
“Janganlah hairan wahai ibuku, lidahku tak mampu bergerak kerana ada peribadi agung yang berada di balik tirai.
Jika seluruh ahli dan pembicara di seluruh dunia berkumpul pun nescaya mulut-mulut mereka akan terkunci di hadapan beliau.”
Mendengar ini RASULULLAH SAW yang berada di balik tirai keluar dan memeluk cucunya Saidina Husain r.anhu.
(Habib Ahmad bin Hasan Al Athos – Sayyid Hasan bin Ahmad Al Athos)