Hakikat Pemerintahan Khalifah
Nabi Muhammad saw pernah menyebut di dalam hadis hadis yang sahih tentang Pemerintahan Khalifah. Kemudian Baginda juga pernah menyebut tentang keadaan umat selepas Pemerintahan Khalifah dan para pemimpin yang tidak memimpin berdasarkan syariat Islam yang suci.
Baginda bersabda, ” Pemimpin kalian yang baik ialah yang kalian cinta dan yang menyintai kalian, yang kalian puji dan yang memuji kalian manakala pemimpin kalian yang jahat ialah yang kalian benci dan yang membenci kalian, yang kalian laknat dan yang melaknat kalian “.
Sahabat Baginda saw bertanya, ” Adakah kami memusuhinya dengan pedang? “.
Baginda saw menjawab, ” Tidak selagi mereka melakukan solat. Apabila kalian mengetahui tentang pemimpin kalian sesuatu yang kalian benci, bencilah perbuatannya. Jangan tarik diri kalian dari mentaatinya “.
Baginda saw juga pernah bersabda, ” Akan wujud pemimpin yang kalian tahu sesuatu daripada mereka dan kalian mengingkari perkara itu. Siapa yang mengingkari dengan kata katanya, terlepas tanggungjawab tentang perkara itu daripadanya. Siapa yang mengingkari hanya dengan hati, dia akan selamat. Tetapi masalah terhadap orang yang redha dan mengikuti mereka “.
Sahabat bertanya, ” Adakah kami perlu membunuh mereka? “.
Baginda saw menjawab, ” Tidak selagi mereka solat “.
Sebahagian orang mendakwa bahawa menentang pemimpin tersebut dapat melaksanakan Pemerintahan Khalifah sedangkan Nabi saw bersabda, ” Tidak selagi mereka solat “.
Baginda saw juga bersabda, ” Tunaikan hak hak mereka. Allah akan tanya mereka tentang tanggungjawab mereka “.
Di dalam riwayat Al Imam Al Baihaqi, ” Tunaikan hak yang diwajibkan kepada kalian dan mintalah dari Allah hak untuk kalian ” yakni kerana mereka tidak menunaikan hak kalian.
Tiada lagi panduan selepas panduan yang diberikan Nabi secara jelas dan betul. Baginda saw telah mengajar umat supaya tidak menjadikan perkara ini sebagai fitnah malah memerintah umatnya supaya sibuk mendirikan Pemerintahan Khalifah di dalam hati dan diri kita masing masing.
Pemerintahan Khalifah terdiri dengan beberapa sifat. Ia juga telah diberikan masa dan kadar tertentu dari Allah. Apabila tiba masanya, ia dilaksanakan seperti yang diberitahu sendiri oleh Nabi saw.
Maka orang yang beriman wajib berusaha untuk memperbaiki dirinya dan menyebarkan ilmu agamanya kerana itulah kaedah asas untuk melaksanakan Pemerintahan Khalifah. Tiada cara lain.
Adapun sebahagian masyarakat yang melakukan pembunuhan, perdebatan & pertelingkahan, itu semua bukan cara untuk melaksanakan Pemerintahan Khalifah. Pemerintahan Khalifah yang dahulu tidak dilaksanakan dengan cara ini, bagaimana pula boleh Pemerintahan Khalifah yang ingin dilaksanakan dapat dilaksanakan dengan cara ini?
Pemerintahan Khalifah yang ingin dilaksanakan tidak akan dilaksanakan kecuali dengan kaedah – kaedah dan asas – asas yang pernah dilaksanakan Pemerintahan Khalifah yang dahulu iaitu dengan dakwah masyarakat kepada Allah, membersihkan diri dan sifat – sifat yang tercela, mengikuti Al Mustafa saw & menyebarkan kebaikan.
Islam ialah agama yang meminta masyarakat untuk melaksanakannya. Dengan melaksanakan Islam, itulah maksud sebenar perlaksanaan Pemerintahan Khalifah secara individu. Perlaksanaan ini juga melalui pelbagai aspek.
Adapun dari segi berita yang disampaikan Rasulullah saw, Pemilik Syariat ini pernah memberitahu bahawa perlaksanaan Pemerintahan Khalifah akan ditangguh sehingga ke akhir zaman. Kemudian ia dilaksanakan seperti cara Nabi saw. Jika ada yang berusaha untuk melaksanakannya sebelum waktunya atau menangguhnya kepada waktu yang lain, mereka tidak akan mampu. Ia mesti akan dilaksanakan pada waktu yang diberitahu oleh Nabi saw.
Perkara yang kedua, orang Islam tidak sesekali dibenarkan pada bila – bila masa untuk tidak menunaikan kewajipan dan tanggungjawab mereka. Tugas mereka berkenaan Pemerintahan Khalifah ialah melaksanakan hakikat Pemerintahan Khalifah.
Hakikat Pemerintahan Khalifah yang perlu dilakukan ialah dengan mengikuti Nabi saw dari segi melakukan semua kewajipan, tidak melakukan semua larangan, membersihkan hati & menyebarkan ilmu dan kebaikan kepada masyarakat Islam. Inilah asas – asasnya yang jika dilakukan maka Pemerintahan Khalifah juga akan dilaksanakan kerana apabila Pemerintahan Khalifah dilaksanakan, tugas utama ialah menyebarkan semua tanggungjawab tersebut kepada masyarakat.
Apakah fungsi Pemerintahan Khalifah terhadap diri kita ?
Antara fungsi Pemerintahan Khalifah terhadap diri kita ialah menyebarkan ilmu dan akhlak serta melaksanakan syariat Islam. Jika di dalam keluarga kita tiada penyebaran ilmu dan akhlak serta perlaksanaan syariat Islam sedangkan kita sibuk untuk melaksanakan Pemerintahan Khalifah yang kita maksudkan dengan pemerintahan kerajaan, seolah olah kita mahu melaksanakan Pemerintahan Khalifah tanpa kaedah. Amalan – amalan tersebut yang dilakukan oleh masyarakat Islam itulah kaedah perlaksanaan Pemerintahan Khalifah. Ia juga perkara yang wajib dilakukan samada sebelum atau selepas Pemerintahan Khalifah dilaksanakan.
Sebagai contoh, pembinaan rumah yang memerlukan kaedah – kaedah dan asas – asas tertentu. Jika ada orang yang tidak peduli dengan asas pembinaan rumah & kaedah – kaedahnya tetapi sibuk minta pasang pintu – pintu, lampu – lampu & penghawa dingin secara berulang kali malah bertanya, ” Sampai bila perlu susun batu dan bancuh simen? “. Kita akan kata kepadanya, ” Biarkan aku melakukan asas – asas ini terlebih dahulu dan selepas itu aku pasang kipas dan lampu “. Maka orang yang ingin membina rumah tetapi hanya berfikir tentang kipas dan lampu sebelum membuat kaedah – kaedah dan asas asas rumah seperti orang yang mahu melaksanakan Pemerintahan Khalifah tetapi lupa tugas – tugas wajib yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw.
Selepas 30 tahun, Pemerintahan Khalifah ditumbangkan. Apa yang dilakukan masyarakat Islam ketika itu sedangkan para sahabat dan ulama tabi’in ada dikalangan mereka? Adakah mereka tidak melakukan perkara yang wajib? Adakah mereka tidak tahu kepentingan syariat? Apa yang dilakukan ulama’ tabi’in? Apa yang dilakukan Sayyidina Al Hasan Al Basri? Apa yang dilakukan Sayyidina Ali Zainal Abidin? Apa yang dilakukan Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin? Semua ini ulama besar. Apa yang dilakukan Sayyidina Said bin Jubair? Apa yang dilakukan Muhammad bin Sirin? Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang berfikir tentang perkara ini yakni tentang masalah Pemerintahan Khalifah. Mereka juga tidak berhenti menyebarkan ilmu dan sifat – sifat yang baik. Kita sampai sekarang mengambil hasil perbuatan mereka ini. Jika mereka tidak melakukan semua ini dan sibuk mempertikaikan pemimpin mereka pada masa itu, tidak akan sampai kepada kita semua kebaikan ini. Terima kasih kepada mereka. Merekalah yang menjaga kebaikan ini dan kita perlu berjalan di belakang mereka. Insya Allah.
Sebagai contoh, siapa yang bercakap tentang Pemerintahan Khalifah dan yang dimaksudkan hanyalah kerajaan, ini menunjukkan bahawa dia kurang faham tentang syariat Islam. Adakah syariat Islam hanya untuk menjadi pemimpin? Bab kepimpinan hanya salah satu bahagian dari syariat islam. Di dalam syariat Islam, ada banyak perintah dan larangan. Ada juga hikmah – hikmah, peringatan – peringatan, contoh – contoh, cerita – cerita & perkara – perkara wajib yang tidak menyamai walaupun dengan sepuluh persen berkenaan kepimpinan. Para pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar. Semua orang yang memegang jawatan pemimpin wajib melakukan semua ini.
Jika kita membuat andaian mereka berjaya menjadi pemimpin, maka dari segi syara’ mereka wajib membantu ulama yang mengamalkan ilmunya dan mempunyai sifat – sifat yang baik. Mereka juga perlu menghabiskan tenaga bersama para ulama’ dan menggunakan semua kemampuan mereka untuk membantu ulama’.
Jika mereka wajib membantu ulama’ selepas melaksanakan Pemerintahan Khalifah sedangkan sebelum itu mereka mengutuk, mencaci & menyakiti ulama’. Bagaimana keadaan mereka setelah mendapat jawatan?
Kita kata kepada mereka: Jika kalian memegang jawatan, kalian wajib membantu mereka. Bagaimana boleh jadi begitu jika sekarang kalian memusuhi mereka? Jadi, kalian akan membunuh mereka setelah memegang jawatan. Bagaimana keadaan Pemerintahan Khalifah jika ini yang berlaku?
Satu kewajipan bagi pemimpin untuk membantu ulama, orang yang rendah diri, orang yang berakhlak mulia, berilmu, beramal & yang ikhlas. Jika dari sekarang tidak bersama mereka, bagaimana keadaan setelah memegang jawatan? Jika sekarang masih mencaci mereka dan mengutuk mereka, bagaimana kita melayan mereka setelah menjadi pemimpin? Mungkin akan membunuh dan menyembelih mereka.
Bagaimana Pemerintahan Khalifah dilaksanakan atas dasar semua ini?
Pemerintahan cara Nabi saw diasaskan dengan kasih sayang yang Allah telah ceritakan ” Tidaklah kami utus kamu ( Wahai Muhammad ) melainkan sebagai tanda kasih sayang kepada seluruh alam “. Dan juga atas dasar menyelamatkan seluruh manusia dan umat Islam dari sifat buruk ke sifat yang baik dan membantu orang yang lemah, orang yang baik, orang yang bertakwa, para wali dan penyinta mereka kerana Allah.
Setelah kita mengetahui perkara yang wajib kepada kita terhadap mereka yang melaungkan syiar – syiar dan kata – kata seperti ini dan wajib bagi kita untuk berlemah lembut dengan mereka serta tidak menyalakan api perdebatan, pergaduhan & pertengkaran malah kita berurusan dengan mereka dengan akhlak – akhlak khalifah itu sendiri kerana sabda Nabi saw, ” Semoga Allah merahmati khalifah – khalifahku “.
Sahabat bertanya, ” Siapa khalifah – khalifahmu Ya Rasulallah? “.
Baginda saw menjawab, ” Yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada masyarakat “. Baginda saw tidak menyebut yang menentang kerajaan atau yang ingin menjadi kerajaan.
Baginda saw memberitahu khalifah – khalifah Baginda saw ialah yang membaca hadis – hadis Baginda saw dan mengajarkannya kepada masyarakat, yang menjaga kata – kata dan sunnah – sunnah Baginda saw dan menyampaikannya kepada masyarakat. Baginda saw sendiri yang mengatakan bahawa mereka itulah khalifah yang sebenarnya dan menggelar mereka khalifah – khalifahnya saw.
Wajib bagi kita melayan semua golongan masyarakat islam dan bukan Islam dengan kasih sayang dan lemah lembut serta tidak menyalakan api perdebatan, pergaduhan & pertengkaran di antara kita dan mereka malah kita tidak peduli dengan kata – kata mereka. Dan siapa yang boleh menerima penjelasan, kita beri penjelasan dengan sopan santun.