BURN OUT?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Wah! Viral pula perkataan Burn out setelah viral perkataan HEALING sebelum ini.
Yang healing² sebelum ni , tiba² burn out pulak dah.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
.
…..
Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana Allah Taala pilih saya untuk membaca Dalailul Khairat.
Ketika ini saya di Makkah, saya amat merasai perubahan besar dalam diri saya ketika menerima ujian² Haji.
Ya Allah, bezanya hati ini. Asbab membaca DALAILUL KHAIRAT ini saya merasa tenang setenangnya.
Subhanallah
Bila kita boleh bertenang, tiada anxiety dan tidak burn out.
Contoh paling mudah.
Hotel saya di Aziziah ini begitu special. Specialnya TIADA AIR.🤣
Bayangkan nak berwudhuk, air menitik² dapat le usap muka, nak basuh tangan, air yelek pocit.
Nak membuang camne?
Allahu Akbar.
Barkah membaca DALAILUL KHAIRAT ini, saya mampu relaks.
Dan bila relaks, tenang, tiada marah², tiada rungutan, Allah Taala hantarkan pertolongan.
Saat betul² nak air, perlu ke tandas, air mengalir keluar. Saat nak mandi, air membasahi tubuh.
Dan Allah ilhamkan saya membeli tong besar untuk mengisi menadah air yang malu² keluar tu.
Beza sungguh!
Kawan saya pula yang tidak puas hati, dia penduduk Makkah dan dia kata:
” Gapo funduk ( hotel ) wat khianat ke jemaah?”
Ketika saya dengar rungutan² dia, saya melihat diri saya yang dulu.
Dan saya bertanya kepada nya:
“enti tak baca kitab DALAILUL KHAIRAT ?”
“La’, ana belum baco” jawab dia.
….
Nak tenang menghadapi hidup ini, healing dengan RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.
Allah Taala memerintahkan kita BERSOLAWAT dan Allah dan para malaikat juga bersolawat.
Allah Taala yang menciptakan kita, so Allah dah bagi jalan healing melalui solawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.
Cuma, dulu saya bersolawat juga, tapi ada juga serabut² dengan hal dunia.
Kini bila dah ISTIQAMAH membaca DALAILUL KHAIRAT ini, 99% merasa tenang hingga kan urusan dunia menjadi mudah.
Alhamdulillah.
Dan kini saya di ambang Haji, moga² saya dipermudahkan segala urusan haji , mendapat keredhoaan Allah Taala dan keampunanNya.
Sesungguhnya saat saya menaip kata² ini, airmata mengalir di dalam hati kerana ALLAH TAALA amat memperdulikan saya.
Allah Taala memberikan banyak PERTOLONGAN Nya yang tidak mampu dihitung.
BaarakAllahufikum
..
Jika Allah Taala pilih kalian membaca DALAILUL KHAIRAT ini, boleh join grup DALAILUL KHAIRAT.
Sila klik www.wasap.my/+60134400212/NkJoinDalail