KEBERKAHAN KITAB DALAILUL KHAIRAT
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Saya Ustazah Syahida Said dan mohon maaf waktu ini saya tiada di Malaysia.
Ramai yang whatsapp bertanya bab DALAILUL KHAIRAT kerana komen saya di fb berkaitan cara nak healing dari Burn Out.
Ya benar, saya berjaya mendapat banyak PERTOLONGAN ALLAH TAALA setelah ISTIQAMAH membaca DALAILUL KHAIRAT.
Alhamdulillah kehidupan saya berubah 360. Dan paling ketara adalah KETENANGAN HATI
Subhanallah
Alhamdulillah
La ilaha ilaAllah
Allahu Akbar.
Sesungguhnya kitab DALAILUL KHAIRAT ini mempunyai keberkahan yang besar. Hingga sesiapa yang fokus, ikhlas membaca kerana ALLAH TAALA, diselesaikan urusan dunianya yang macam².
Apa kah DALAILUL KHAIRAT?
Ianya sebuah kitab yang dikarang oleh al Imam Abi Abdillah Muhammad bin Sulaiman al Jazuli rahimahullahu taala selama 16 tahun.+-
Didalamnya terkandung pelbagai jenis solawat dan doa². Ada susunan lengkap untuk bacaan seminggu.
Ianya sebuah kitab yang mahsyur di kalangan para salafussoleh sejak beratus tahun dulu.
Cuma di Malaysia, ramai belum tahu dan belum dipilih Allah dan Rasulullah saw untuk membacanya.
Alhamdulillah hari ini, encik/cik tahu ada kitab DALAILUL KHAIRAT ini.
Seterusnya tergantung kepada ALLAH TAALA dan RASULULLAH saw adakah akan memilih en/cik untuk membacanya pula.
Sesungguhnya jika ALLAH TAALA mengkehendaki hambaNya dalam kebaikan, akan diberikan kefahaman dalam agama.
Orang yang faham agama, dia akan dalam kebaikan. Salah satu kebaikan adalah dipilih BERSOLAWAT.
ALLAH TAALA berfirman:
Al-Ahzab 33:56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dan maha pemurahnya ALLAH TAALA, barangsiapa bersolawat sekali akan mendapat 10 rahmat Nya dan doa keampunan daripada para malaikat.
Dan rahmat ALLAH TAALA itu pelbagai. Mungkin rahmat kesihatan, rahmat kekayaan, rahmat kebahagiaan dll.
Dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم، bersabda:
” Sesiapa yang ingin dekat dengan ku di mahsyar kelak, perbanyakkan lah bersolawat ”
Nah! Kenapa saya mendapat banyak PERTOLONGAN ALLAH TAALA?
asbab di dalam Kitab DALAILUL KHAIRAT akan dibaca banyak solawat dan ada solawat yang dibaca sekali saja tetapi seolah membaca solawat sebanyak bilangan penciptaan Allah, sebanyak bilangan pasir, hujan, air, gunung ganang, rambut, darah, udara dan banyak lagi hingga tidak terhitung rahmat yang turun melimpah ruah.
…
InsyaAllah , saya ada sediakan grup online muslimat membaca DALAILUL KHAIRAT ini dan menggunakan kitab DALAILUL KHAIRAT yang dicetak pihak MUSOLLA ASSAADAH.
InsyaAllah akan dibimbing cara membacanya oleh saya dan sahabat² lain.
Cuma saya sedang bermusafir jauh, dan bila ada waktu saya akan bimbing.
Untuk lelaki pula, insyaAllah nanti saya create 1 grup khas untuk membaca DALAILUL KHAIRAT ini bersama Utz Azzam.
Sesiapa yang mahu membaca DALAILUL KHAIRAT ini bebas membaca dari youtube, fb dll.
Bebas membeli kitab cetakan sesiapa saja.
Cuma untuk join grup DALAILUL KHAIRAT ini, perlu ada kitab DALAILUL KHAIRAT cetakan Al Mujahid Trading ( MUSOLLA ASSA’ADAH ) kerana telah ditulis semula dan di semak oleh Utz Azzam.
InsyaAllah setelah beramal dengan Dalailul Khairat akan diberikan ijazah.
wallahu ‘alam
klik www.wasap.my/+60134400212/BeliKitab