Catatan Khusus Untuk Menantu²
Andai puan sakit hati, sedih, kecewa bila balik rumah mertua, ini kisah benar Pn Ina( nama samaran)
Dia bercerita:
Bila saya balik kampung suami, saya wajib menutup aurat sempurna walaupun tidur di tengah rumah. Bilik tidur ada kosong satu tapi biasanya adik ipar akan cop dulu walaupun dia bebas membuka tudung di rumah tu.
Biasanya saya buat tirai untuk tidur. Tirai tu gantung atas alang kayu dan ditindan buku-buku, Silap langkah buku-buku jatuh hempap muka hilanglah mimpi indah.
Tu ok lagi.
Part paling best di pagi raya, walaupun sebelumnya dah masak rendang sekuali, tapi pagi raya kuali dah basuh digantung. Clear dapur. Cari lah rendang, tak akan jumpa.
Tup² dia nampak ibu mertuanya ke bilik dan selak cadar, ambil sesuatu bawah katil. Nahhhhh! Ada mangkuk berbalut kemas bersimpul ikatan kemas.
“Aku ni bodoh sungguh. Aku tanya apa tu mak ?”
Mertua aku diam. Dia buka ikatan tu dan rendang weiiiih. Dia sorok rendang dalam mangkuk berbalut kain batik. Dia ambil sesenduk dua dan ikat balik.
” Aku memang bodoh. Aku tak faham bahawa rendang tu dia tak bagi aku makan. Sampai dia kena sorok ”
Belum lagi part buat kopi. Suami minta kopi, aku ditanya nak minum ke, Aku jawab tak minum ( sebab takut pula nak kata nak) Then aku kena tukar mug ke cawan je. Dan suami bertuah ku akan tegur, ” Kenapa buat secawan je?”
Bab basuh baju anak², rumah mertua tiada mesin basuh, so jika aku sental berus , mertua bising ” Jangan gosok kuat², nanti cepat koyak, duit lagi nak beli lain”
Masa tu kan aku rasa nak buang je baju anak², biar beli baju baru. Duit aku kan, bukan duit anak dia.”
Haaa itu kisah Pn Ina.
Adakah mertua kalian macam tu?
Masih dapat melantak rendang kan?
Masih dapat minum sampai kembong kan?
Masih malas basuh baju walaupun ada mesin basuh kan?
So jika kes puan² masih belum sadis macam Pn Ina, balik rumah mertua, layan elok². Jika dia minta blend cili buat je lah. Pn Ina tu kena tumbuk cili untuk rendang di sorok.
Bersyukur lah dapat mertua yang masih bagi puan tidur guna bantal nya, Pn Ina bila guna bantal tilam pasti ada peringatan mesra mertua.
Saya tanya Pn Ina:
So menangis ke masa mertua meninggal?
Dia jawab:
Sampai hari ini, tiada satu doa khusus untuk mereka kerana hati ini kosong walaupun tanpa dendam .
So yang menjadi mertua, jangan membenci menantu ya. Jangan perasan anak kita yang baik. Bersyukurlah menantu nak terima anak lelaki kita. Hargailah menantu, hargailah mertua.
Tenangkan hati dengan banyak berselawat. Moga² semua berkumpul dalam Syurga bersama Nabi صلى الله عليه وسلم