Di Mana Hendak Ku Menyorok Daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم?
Di mana hendak ku menyorok daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم?
Sesungguhnya hari ini saya malu teramat malu dengan kisah perjuangan Pn A** dari Sarawak.
Dia seorang pesakit ketumbuhan di dagu, dah operate dan ada besi d dagu nya. Sakit ngilu pelbagai rasa.
Bulan lalu dia datang k majlis ijazah bersanad d Kuching dan masih tak boleh bercakap banyak.
Bulan ini, dia sihat 90%, dah boleh bercakap .
Apa kisah nya yang buat saya malu dengan Nabi صلى الله عليه وسلم, saya malu dengan Nabi dan Imam Muhammad Sulaiman alJazuli Rahimahullahu taala.
Dia bercerita:
Ada sekali dia nak hadir majlis Dalailul Khairat di Kuching, dia hanya ada RM2. Kena naik bas 2 jam, tukar 2 bas.
Dia tawakkal dengan RM2. Dan dalam airmata dia sebut Demi majlis Rasulullah, dia melangkah pergi tanpa ada baki walaupun sesen, hanya RM2.
Setelah majlis dan balik, dia menangis sekali lagi, kerana RM2 tetap dalam dompetnya. Tambang bas RM2 dibayar seseorang tanpa dia tahu siapa yang membayar.
Allahu Akbar. Jauhnya kecintaan nya dengan saya.
Kisah nya lagi. dia berjalan kaki dari stesen bas k rumah majlis, dalam hujan dia balik. TANPA MERUNGUT JAUH, LETIH, BUSY
Kemudian dia buat satu tamparan hebat kepada saya, dia sanggup menaiki sampan ke kampung sebelah untuk menyebarkan kelebihan bersolawat Dalailul khairat.
Bila ditanya apakah kelebihan bersolawat Dalailul khairat?
Jawabnya ” Kameklah lah buktinya, kamek sihat boleh bangun berjalan, boleh makan macam², dah sihat”
Kisahnya bersambung, dia mengajak jiran² sama² naik bas ke majlis d Kuching walaupun jauh 2 jam.
Dan terbaru saya dengar, mereka nak berkongsi duit sewa van untuk beramai² bersempit² ke Kuching.
Allahu Akbar
Ya Rasulullah
Bagaimana mungkin daku dapat mendekati mu sedangkan daku bergerak penuh alasan dan kesenangan…
Ya Rasulullah
Engkau pandanglah mereka yang benar² menyintai mu…daku malu untuk meminta pandangan mu.😭😭😭
Sahabat, adakah kita masih mahu memberi alasan busy, sakit, jauh, x ada kenderaan dll?
Adakah majlis Dalailul Khairat TIADA rahmat sehingga bisnes, kerja, kenduri, adik beradik nak datang, itu ini lebih utama?
Fikir lah.. d situ jawapan nilai kecintaan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم