FAEDAH FAEDAH SEDEKAH
1 ) Membersihkan diri orang yang bersedekah dari dosa dosa dan kesalahan.
Allah berfirman : ” Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah , supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk. Dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. “
Sedekah yang dimaksudkan di dalam ayat Al Quran ini termasuk zakat dan sedekah sunat.
2 ) Membersihkan harta dari harta yang syubhat.
3 ) Menghalang orang yang bersedekah dari terkena bala.
Rasulullah bersabda : ” Sedekah menutup 70 pintu keburukan ”
4 ) Menjadi sebab kesembuhan dari penyakit.
Rasulullah bersabda : ” Sembuhkan orang sakit dari kalangan kalian dengan sedekah “