TIP BERSEDEQAH
TIP BERSEDEQAH
Jika nak keluarkan harta walaupun RM10 rasa berat apa lagi waktu x ada duit .
Cara mudah untuk sesiapa saja.
Tanam 1 pokok buah. Sama ada semudah pokok betik, lempar biji je.
@ beli pokok
@ bagi duit kat sapa2 yg ada tanah minta tanam 1 pokok buah je.
Tak pun p cari ajk surau ke masjid ke dewan ke..bagitahu sy nak tanam 1 pokok buah .
Tujuannya agar bila pokok berbuah , menjadi sedekah untuk manusia dan haiwan .
Sedekah yang kita tak sedar. Yang kita tak nampak hasilnya .
Tapi kalau tu pun susah, banyak alasan, SENYUM JE LAH sebagai satu sedekah. Asalkan bukan senyum menggoda kat suami@ isteri @ anak dara@ teruna orang.
Senyum itu menjadi sedekah paling bermakna bila senyum kepada seseorang yang kita tidak suka?
TIP UNTUK MUDAH MENDAPAT JEMPUTAN PERGI HAJI.
Saya mengamalkan TIP ini dari dulu hingga kini.
SEDEKAH RM UNTUK JEMAAH HAJI/ UMRAH.
Apa yang perlu lakukan adalah setiap kali mendengar @ terserempak jemaah haji @ umrah, sama ada kenal @ tidak, SEDEKAHLAH dengan jumlah minima RM50.
Kenapa RM50?
Boleh lepas kos sewa teksi @ van untuk ke miqat Tana’eim. Tempat berniat umrah.
Juga Rm50 agak besar berbanding RM5 10. RM50 tukar ke Sar dapat le SAR 40 . Boleh le beli nasi untuk beberapa kali.
So kebaikannya insyaAllah kita akan dapat . Lagi banyak kita bagi, lagi banyak BALASAN GANJARANNYA.
Amalan ini mungkin salah satu faktor, menyebabkan kami berpeluang menunaikan haji dan umrah.
Suatu yang kita perlukan adalah DOA. Maka dengan sedekah itu moga2 tempias doa para jemaah kita akan dapat .
Sewaktu saya ditaja haji sebanyak RM64000 tahun 2017. Saya teringat tip ni.
ALLAH TAALA mengumpulkan sedekah yang sedikit tetapi membalas nya dengan sedekah yang banyak yang tak terjangkau dek fikiran. Bayangkan seorang hamba Allah berpakat dengan mak nya dan membelanjakan habis wang simpanan untuk kos haji saya dan ustaz. Allahu Akbar.
Kini musim haji bermula. Usahakanlah untuk BERSEDEKAH kepada jemaah haji. Yang kenal @ tidak. Sebaiknya SOLAWAT dulu dan minta ALLAH lorongkan sedekah itu kepada mereka yang SOLEH DAN BERTAQWA.
SOLAWAT dulu.
Moga2 SEDEKAH itu asbab dijemput haji.
www.annurulhadi.com