BERIBADAH
Imam Sufyan Ats Tsaury Rahimahullahu Ta’ala berkata:
“Siapa yang bermain-main dengan umurnya maka dia akan mensia-siakan hari-hari yang seharusnya dia gunakan untuk menanam (beramal soleh). Dan siapa yang mensia-siakan hari-hari untuk menanam, maka dia akan menyesal pada hari-hari menuai (akhirat).”
Sesungguhnya tidak Allah ciptakan kita melainkan hanya untuk beribadah kepadaNya
Maksudnya SELURUH kehidupan kita adalah untuk mentaati, menunaikan, melaksanakan segala perintah dan larangan Nya.
Lalu kita akan bertanya ; Bagaimana kehidupan yang lain.
Tak kan 24 jam beribadah? Siapa nak bayar duit makan, kediaman, kenderaan.
Adakah dengan solat, duduk di masjid, baca AlQuran saja itu akan menjadikan kita sedang beribadah?
?
Satu perkara yang ustazah suka nak share adalah bilamana kita benar2 BERIBADAH sebagaimana ALLAH TAALA suruh, maka segala urusan dunia terlaksana dengan sendirinya.
Sebab itu ustazah selalu bagitahu dan terus bagitahu bahawa DUNIA AKAN MELUTUT.
Hidup ini hanya memerlukan kita memahami dan melaksanakan KONSEP IBADAH yang sebenarnya.
Alhamdulillah benar. Bila benar2 beribadah kepadaNya, kita akan berjaya .
Persoalannya adakah faham ibadah tu apa? Jangan sekadar sebut faham tetapi jauh di sudut hati, masih lagi ada keraguan tentang kehidupan terutama rezeqi makan minum.☺
*BIARKAN DUNIA MELUTUT SAAT ENGKAU MELALUINYA*