TIP-TIP MUDAH MENDAPAT JEMPUTAN PERGI HAJI
Ramai mengeluh giliran haji berpuluh tahun lagi. Malah cucu saya daftar di Tabung Haji tahun lepas dan gilirannya 100+- tahun lagi.? Rasa nya boleh mati 2x.
Sebenarnya untuk tunaikan haji bukan hanya melalui Tabung Haji. Ada beberapa solusi. Salah satu solusi adalah menggunakan VISA FURADA.
VISA ini dikeluarkan terus melalui kedutaan Saudi tanpa melalui Tabung Haji. Cuma kos mengikut pakej disediakan.
Pengalaman saya pada 2017 , menggunakan VISA FURADA.
Permulaannya kami mendapat info kos visa RM10K walaupun sepatutnya lebih rendah tetapi orang tengah telah up harga . Then dinaikkan ke RM15K.
Tetapi pengurusan khemah Arafah dan Mina, penginapan, penerbangan dan pengangkutan tidak termasuk. Hanya kos visa RM15K.
Setelah istikharah dan solat hajat, kami mendaftar di sebuah travel agency dan kos keseluruhan RM28K.
Minggu berikutnya RM30k. Final lagi seminggu nak wukuf, DINAIKKAN RM39K?. Fuh!
Saya masih ingat detik itu. Saya masuk ke Masjid Assa’adah dan bertawasul serta bertabbarak dengan masjid lalu berdoa.
Antara doanya:
“Ya Allah
Jika Engkau redho dengan pembinaan Masjid Assa’adah , tolonglah jemput ku menunaikan haji. “
Airmata bagaikan hujan. Sayu pilu. Perasaan takut, malu dengan ALLAH TAALA kerana dosa. Adakah daku tidak layak Ya Allah sebagai tetamu Mu.
Semasa itu saya pasrah. Duit tiada dah untuk kos 4 orang. Yakni Tn Sheikh Aminuddin Abdul Rahim dan isteri serta anak saya dan saya. Kewangan tidak mencukupi. Lari budget !
Hingga tiba hari Isnin tu, sewaktu pihak pakej telefon untuk persetujuan akhir, SAYA MENARIK DIRI. SEDIH DAN PILU.
Saat tu, Sheikh Aminuddin Abdul Rahim pun seakan sayu. Dan berkata ” Tak apa lah kak. Tak mampu kita p lain kali.”
Kata akhir saya :
“JIKA ADA JEMPUTAN ALLAH, KAK IKUT PI HAJI.”
Saya menelefon kawan yang akan ikut sama Haji dan memberitahunya saya tak mampu pergi.
” Saya doakan hampa semua. ”
Then kawan tu wasap dan sebut ” X mau lah. Saya nak p dengan USTAZAH juga”
Dah mula sesi pujuk memujuk. Paksa dia pi juga. 10 minit selepas tu dia wasap
” USTAZAH harap sudi terima hadiah saya. Saya dah transfer RM64K”
Terus saya tanya untuk apa?
Dia jawab ” untuk haji !”
Maka sekali lagi airmata berguguran bila masuk semula ke Masjid Assa’adah . Cuma kali ini dengan kebanjiran bagaikan empangan pecah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.
Maka sesungguhnya JEMPUTAN HAJI @ UMRAH ADALAH JEMPUTAN DARIPADA NYA. BERDOALAH , BERUSAHALAH SEMAKSIMA MUNGKIN UNTUK TERPILIH.
Ok bagaimana kebiasaannya mendapat kelulusan VISA FURADA?
Ini juga pengalaman yang mendebarkan. Bayangkan setelah kami mendaftar awal RM28k . Visa dijanjikan INSYAALLAH 80%.
Kemudian di up kan RM29K. Tunggu lagi kelulusan hinggalah akhirnya pihak pakej bagitahu,
” jika NAK VISA CONFIRM , hajjah kena ikut pakej RM39! CONFIRM ADA VISA”
Setelah kami membayar semua kos. Urusan semua selesai. Diberitahu pula:
” Hajjah , masalah besar lagi. Tiket kapal terbang dah habis!” Saudi tak buat penerbangan tambahan”
Sekali lagi menangis. Ya Allah jemputlah kami.
Akhirnya hari Khamis , pihak travel bagitahu:
” Alhamdulillah! Tiket dah ada. Stand by terbang hari Isnin jam 12pm”.
Walaupun Isnin terbang tetapi saya membuat keputusan, kami berlima termasuk kawan saya yang dermawan tu, WAJIB berada di KLIA pada hari Ahad.
Hari Ahad sebelum ke KLIA, kami ulang kaji kursus haji Ifrad. Sebab kami terus berihram haji ifrad. Selesai selepas Zohor.
Kami semua merancang untuk last minute shopping kasut Medifeet untuk isteri ustaz. Beli botol spray, makanan bla bla bla.
Tiba tiba…
Jam 3pm tepat. Pihak travel telefon:
” Hajjah di mana?”
” HQ S Alam. Nak p KLIA sat lagi”
Dia terus berkata:
” Alhamdulillah. Bagus. Minta semua bergerak SEKARANG. TIKET ESOK CANCELLED!
Saya sedang usaha beli tiket jam 5.30pm terbang petang ni!”
“Apa?”
Masa tu terus rasa nak pengsan tau. Jam 3pm nak k Klia terbang 5.30pm.
Kelam kabut telefon anak suami ustaz ..CEPAT! KE KLIA SEKARANG.
BERLARI KAMI TURUN TANGGA. MEMANG BETUL2 KERJA GILA..
Tiba2 dalam kereta saya teringat
BEG!
ALLAHU AKBAR! BEG PAKAIAN KAMI DI SEREMBAN. RUMAH KAWAN.
Mula lah suami pot pet. Yang ummi suruh Faruk buh kereta dia wat pe ..bla bla bla..
Sampai KLIA, sesi menunggu penuh DEBARAN.. ADAKAH TIKET. HINGGA 6 PM TIADA TIKET. BAYANGKAN PERASAAN KAMI…DAN STRESSSSSSS!
Pelik kan..kata tiket dah tempah pastu kata cancelled. Ni mesti kes pakej tak beli tiket lagi.
Fuh… kisah kami tak habis di situ tau. Ada ACARA BERLARI 1KM MENGEJAR KAPALTERBANG DI INDIA?
Ada lagi kes BEG HILANG.
Ada lagi kes MUASASAH REJECTED PASPORT
Macam macam kes HAJI FURADA KERANA SATU SAJA…PIHAK TRAVEL ADALAH ORANG TENGAH. BUKAN TRAVEL YANG MENGURUSKAN A 2 Z.
Ramai syarikat travel TUMPANG. So macam macam hal. Jemaah tunggang langgang.
Yang saya kesian…jemaah Tak diberi makan dari sampai di Jeddah hingga malam. Saya yang bertindak sebagai CAT WOMAN menerusi drama SAYA NAK MUNTAH. ?
Semua dikurung dalam bas tanpa makanan tau. Tapi kami berlima lena kekenyangan. Alhamdulillah. Ada rezeqi Nasi Arab hanya untuk kami.
Macam macam tau kerenah bila pihak travel pas baton .
Namun kali ini saya memilih sau lagi solusi . Yakni mengikuti pihak travel yang menguruskan jemaah haji melalui VISA VVIP JEMPUTAN KHAS GABENOR MAKKAH. So setelah berdoa , Alhamdulillah saya berani menawarkan pakej HAJI VIP ni. Selain harga yang terlalu murah berbanding SEPATUTNYA KOS RM70K.
Saya kenal owner travel ni . Pernah berurusan dengannya dan yang penting BUKAN PAS BATON TRAVEL. InsyaAllah.
VISA telah ada. Tiket penerbangan telah di tempah pada 2 ogos dan balik Malaysia 28 ogos .insyaAllah .
Hotel terlalu dekat dengan kedua2 masjid ( Masjidil Haram dan Nabawi).
Yang menarik sangat2 adalah JADUAL PENERBANGAN TELAH PUN DITETAPKAN. Berbanding VISA FURADA, yang belum pasti adakah mendapat kelulusan dan tiada tarikh untuk berangkat. Yang bikin stress adalah terpaksa menanti panggilan travel untuk kepastian. Ianya suatu penderaan emosi secara tak langsung. Menanti suatu janji yang hanya pihak travel saja mengetahui jumlah visa yang mereka akan terima kelulusan.
Satu lagi yang menarik adalah KHEMAH DI MINA DI KAWASAN MINA ASLI. BERDEKATAN MASJID KHEIF.
BUKAN SEPERI PAKEJ LAIN YANG MENEMPATKAN JEMAAH DI KAWASAN AZIZIAH @ MUASSEIM.
InsyaAllah khemah berdekatan kawasan melontar. Sekitar 300 – 500 m saja.
Ini amat istimewa.
Harga murah berbanding pakej lain mungkin kerana bukan pas baton. Tiada orang tengah !
So siapa ada kemampuan. Rasa nak menunaikan haji . Boleh whatsapp ke +60134400212
Solat istikharah
Berdoa
Kerana janji manusia kadang2 tak mampu ditepati. Hanya Janji Allah yang sentiasa ditepati.
Wallahu a’lam