Faedah Sabar – 3
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan antara faedah sabar adalah dia mendapat pahala tanpa batasan, yang tidak terjangkau fikiran manusia dan kesemua makhluk.
Allah Taala berfirman:
Az-Zumar 39:10
إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
Maka Maha suci Zat , Tuhan yang Agung, betapa pemurah Nya.
Sedermawan seseorang itu pasti merasa telah cukup menderma.
Namun ALLAH TAALA zat yang tidak pernah menghitung pahalanya.
Maka semua kemuliaan, keutamaan dunia akhirat ini, ALLAH TAALA berikan kepada hambaNya untuk sabar yang sementara saja.
Dunia ini sebentar saja dibandingkan akhirat yang kekal selama²nya.
Maka telah jelas bagi mu bahawa kebaikan dunia akhirat itu di dalam SABAR.
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Tidaklah seseorang itu diberikan oleh ALLAH TAALA suatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada asbab SABAR.”
Daripada Sayyidina Umar b Khottab r.a:
“Semua kebaikan orang yang beriman adalah ketika bersabar sesaat saja.”
Sabar itu merupakan kunci untuk setiap yang diinginkan.
Dan setiap kebaikan akan terwujud dengan KESABARAN.
Sabarlah walaupun malam masih panjang.
Maka barangkali perkara kebaikan yang mustahil, tidak terfikir akan terjadi.
Dan barangkali asbab SABAR, sesuatu yang dikatakan mustahil terjadi akan benar² terjadi.
Dan ada yang mengatakan
” Aku telah bersabar dan jadilah kesabaran ini menjadi keperibadian ku”
Dan cukup bagi mu bahawa Allah Taala telah memuji KESABARAN.
Apabila pintu kehinaan itu dari kekayaan (mengharap daripada manusia, melayani manusia ), maka aku akan naik ke darjat yang tinggi kerana kefakiran ku.
Jika kamu bertanya apakah hakikat sabar itu ?
Dari segi bahasa ~ Menahan diri
Allah Taala berfirman:
Al-Kahf 18:28
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥۖ
Dan sabarkan lah diri mu bersama orang² yang menyeru Allah Taala pagi dan petang yang mereka mengharapkan keredhaan Allah .
Kemudian makna menahan perasaan hati itu dinamakan sabar. Kerana dia menahan diri ( nafsunya ) daripada memberontak.
Kemudian perkara yang paling rumit, sukar diatur adalah masalah rezeqi kerana masalah rezeqi merupakan musibah besar untuk kebanyakan manusia sehingga mereka bertungkus lumus, memenatkan diri dan telah menyibukkan diri mereka.
Dan mereka juga menyibukkan hati mereka , tak boleh beribadah kepada ALLAH TAALA.
Dan mereka telah membebankan fikiran mereka.
Dan mereka telah menyia² kan umur mereka gara² bertungkus lumus mencari rezeqi.
Dan telah banyak menambah dosa.
Dan mereka telah berpaling daripada ALLAH TAALA, daripada melayani agama telah melayani dunia dan melayani makhluk².
Maka mereka hidup di dunia dalam kegelapan dan kelalaian.
Dan dalam kepenatan dan susah payah, dalam kehinaan sehingga mereka datang ke akhirat dalam keadaan muflis.
Dan di depan mereka akan dihadapkan dengan hisab dan azab jika ALLAH TAALA tidak merahmati mereka dengan rahmat Nya.