Formula Untuk Bijak
#FormulaUntukBijak
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Catatan khusus yang mahu #bijak, #pintar, #cerdik, #MudahMenghafaz, #MudahFahamPelajaran
Allahu Akbar!
Sejak semalam saya sebak. Amat terharu dan merasai betapa Allah Taala telah menyediakan sebaik² cara untuk seseorang itu bijak, mudah belajar, mudah menghafaz alQuran, hadith dll.
Akan tetapi ramai tidak tahu bahawa Allah Taala telah menganugerahkan cara itu melalui solawat² dan doa² yang dihimpun dan ditulis oleh al Imam Sulaiman al Jazuli rahimahullahu taala.
Semalam, anak bongsu saya Abdullah Mujahid bercerita tentang perkembangan diri nya. Dia kini belajar di Pesantren Rabwatul Quran d Kota Batu, Jawa Timur, Indonesia.
Dia bertanya:
” Ummi, di Ribath ( madrasah saya di Perak) depa baca kah DALAILUL KHAIRAT?”
” Tak baca lagi ”
” Oh! Ummi bagitahulah Abang ( Mudir Ribath Annur ) Suruh thullab ( pelajar² ) baca Dalailul Khairat.
DALAILUL KHAIRAT ini power Ummi. ”
Saya bertanya: “Power macamna?”
Dia bercerita bersungguh sungguh:
” Ayid kan susah menghafaz. Boleh ingat hafazan baru setengah mukasurat saja. Murojaah pun susah ingat.
Ayid tengok bila Ayid baca Dalailul Khairat walaupun sikit Ayid boleh ingat bacaan baru 2 mukasurat.
Ayid dah test beberapa kali. Ayid tak baca sebab mengantuk, Ayid tak dapat hafaz.
Ummi, kenapa Ayid selalu mengantuk? Di Ribath Ayid tak mengantuk?”
SUBHANALLAH.
Dia risau dia mengantuk tak dapat baca Dalailul Khairat. Dia yang berumur 13 tahun tahu bahawa DALAILUL KHAIRAT diizinkan oleh ALLAH TAALA menjadi pembantu untuk pelajarannya.
Dan suatu yang saya amat bahagia adalah anak saya dipilih Allah Azzawajalla untuk ISTIQAMAH membaca DALAILUL KHAIRAT ini agar dia boleh menghafaz alQuran dan hadith².
Alhamdulillah atas kurnian ini.
Mujahid sambung cerita kepada ayahnya pula:
” Ayah, DALAILUL KHAIRAT ini power. Ada santri di sini , dia paling teruk, paling b**. Kesian kat dia, baca alQuran pun tak lancar.
Tapi kan dia baca sikit sikit DALAILUL KHAIRAT ini, dia dah pandai! Dia dah boleh ikut kelas.”
Allahu Akbar!
Itu cerita anak awal remaja . Baru 13 tahun, belum baligh . Tapi saat dia bercerita tentang kitab DALAILUL KHAIRAT ini dengan mata bercahaya, dengan lenggok tubuh , saya bersyukur kepada ALLAH Azzawajalla kerana memilih anak saya membaca Dalailul Khairat.
Malah gurunya, Utz Azzam Abdullah juga memberitahu bahawa anak saya yang dulu lemah ingatan, sekarang semakin bagus , semakin berakhlak baik, mudah dididik.
Malah Mujahid begitu bersemangat belajar hingga memberitahu kami:
” Ummi! Ayid tak balik Ramadhan tahun depan ya. Ayid nak fokus hafazan”
Alhamdulillah
Barkah membaca DALAILUL KHAIRAT ini, diberikan pertolongan Allah Azzawajalla.
Maka ibu², guru² , cubalah membaca DALAILUL KHAIRAT ini dan ajaklah anak² membaca juga.
Sesungguhnya banyak PERTOLONGAN ALLAH TAALA bersama solawat² dan doa² dalam DALAILUL KHAIRAT.
Seorang guru menulis testimoni nya membaca DALAILUL KHAIRAT ini:
“Alhamdulillah selepas membaca dan istiqamah dengan Dalailul Khairat hati rasa tenang, tiada rasa nak marah, tiada rasa moody , rasa sesuatu yang sukar digambarkan ketenangan itu.”
Saya seorang guru, saya nampak perubahan pelajar² saya. Sekarang mereka mudah faham apa yang saya ajar. Lebih behave dalam kelas.
Sekarang saya dan mereka rasa seronok dalam kelas. Tak stress dah mengajar mereka.
Alhamdulillah mudah semuanya mendengar kata.
Bila solat rasa kerdil dan rasa kehambaan yg sungguh2, rasa banyak sangat dosa, rasa hari itu tidak lengkap andai tidak diiringi dengan Dalailul khairat.
Alhamdulillah mungkin satu bonus bila saya rasa lebih dekat dengan Allah. Senang untuk bertahajjud, bercita-cita untuk khatam Al quran setiap bulan dan mula ada rasa rindu yg sangat2 pada Nabi kita Muhammad saw. Sudah menitis airmata dengan kerinduan itu. Syukur.
Dilain aspek, saya mudah sangat berurusan dengan rakan sekerja dan sesiapa sahaja. Tiada lagi terasa hati, moody dan bersangka-sangka. Dalam erti kata lain urusan harian terasa mudah dan saya tidak rasa kalut bila dengar ada orang menfitnah dan bercakap pasal diri saya. Tak terasa apa2, malah saya boleh tersenyum.😊😊😊Alhamdulillah saya rasa seronok.
Alhamdulillah3x
Saya segan nak post kat group. Klu boleh saya tak nak orang tahu siapa saya.
Tujuan posting ni adalah untuk mengajak sahabat2 semua menjiwai dengan istiqamah baca Dalailul khairat agar hati dan perasaan kita sentiasa ingat Allah dan Rasulullah. Kebergantungan hanya pada Allah atas segala2 nya.
Alhamdulillah, Allah kabulkan hajat saya berjumpa ustazah Sahida . Saat yg amat saya nantikan❤️
…
Jemput hadir ke MAJLIS DALAILUL KHAIRAT dan jika mahu dibimbing oleh Ustazah Syahida Said untuk membaca DALAILUL KHAIRAT ini, sila join grup DALAILUL KHAIRAT.
Klik www.wasap.my/+60134400212/AnakCerdik
Wallahu ‘alam .
BaarakAllahufikum