GUNAKAN MASA DENGAN BAIK
Isikanlah masa kita dengan perkara yang baik. Hingga tiada sesaat pun masa kita dibiarkan tanpa kebaikan.Dan bilamana kita atur kehidupan kita akhirnya suatu masa kita akan merasakan banyaknya masa untuk dipelbagaikan perbuatan kebaikan.
Barkah masa
Faedah Umur yang barkah
Sentiasa menuju kepada ALLAH
Dan kita mesti mengatur waktu. Perlu ada masa MAKAN. Perlu waktu MINUM .
Perlu waktu KERJA.
Jangan jadi seperti binatang yang tiada waktu yang teratur.
Setiap perkataan jangan dibuat sambil lewa.
Jangan dibuat tanpa berfikir.
Kita mesti mengatur harian kita. Jika waktu makan maka jangan buat kerja lain.
Jika waktu mengaji jangan pula sambil makan.
Adapun manusia yang berbuat ikut suka hati maka dia akan kehilangan keberkatan masa.
Sesungguhnya umur kita itu MODAL. Jika kita ingin MEMBELI SYURGA, MAKA GUNAKAN UMUR DENGAN CARA YANG BETUL AGAR MODAL INI BERJAYA MENDAPAT KEUNTUNGAN UNTUK MEMILIKI SYURGA.
Nafas itu MODAL terbesar untuk diperniagakan sebaik mungkin tanpa kerugian walaupun sesaat.
Imam alHaddad menasihatkan jangan hanya melakukan satu amalan sunat saja sepanjang hari kerana kita akan terlepas kelebihan amalan sunat lain.
Apabila kita mempelbagaikan amalan sunat maka kita tidak mudah bosan.
Pelbagaikan ibadat solat sunat. Membaca alQuran. Wirid. Sedeqah dan sebagainya.
Apabila kita hanya fokus satu amalan sunat saja maka kita akan cepat bosan dan akhirnya meninggalkan terus amalan.
Antara amalan sunat harian kita lakukan:
Solat
Zikir
Belajar ilmu agama
Membaca al quran
Berfikir.