SOAL HATI
Pesan al Imam alHaddad:
Hendaklah memperbaiki HATI melebihi perbuatan kebaikan kerana HATI ITU DI PANDANG OLEH ALLAH.
KETAQWAAN BERASAL DARIPADA HATI.Adapun perbuatan kebaikan itu dipandang oleh MAKHLUK. Makhluk tidak boleh memberikan sebarang manfaat berbanding ALLAH PEMILIH SEGALA MANFAAT.
YA ALLAH JADIKAN HATI KU LEBIH DARIPADA SEMUA AMALAN KU.
DAN JADIKAN SEMUA AMALAN KU SEMUANYA BAIK.
Sesungguhnya semua amalan kita mengikut hati kita. Perbuatan yang buruk mengikut hati yang yang buruk.
Dan ada dua golongan di sekeliling kita dan mungkin kita salah seorangnya.
Golongan pertama.
Amalan perbuatannya mengingkari perintah Allah Taala. Tetapi mendakwa HATINYA BAIK.
JANGAN LIHAT LUAR YANG BURUK TAPI HATI NYA BAIK.
Walaupun tidak bertudung hati baik.
Walaupun tidak solat tetapi hati nya baik.
Walaupun dia pondan tapi hatinya baik.
Sesungguhnya bila hati baik maka baiklah amal perbuatannya.
Dalam setiap tubuh ada seketul daging yakni HATI. Jika baik maka baiklah perbuatannya.
Adapun orang yang kedua yang menjaga amalan zohir yang baik. Semua perbuatannya baik kelihatan berakhlak dan soleh tetapi tidak menjaga hatinya, maka dia berpura pura baik dan riyak.
Oleh itu marilah kita SEMAK di mana lah hati kita. Ada di golongan pertama @ kedua.
Berdoalah dan BERUSAHALAH agar setiap perintah dan larangan, MENCARI KEREDHAAN ALLAH TAALA pastikan seiring hati dan amalan baik.
Cuba untuk mencontohi golongan sufi di mana mereka tidak malu jika dipamerkan hati mereka di pasar untuk dihakimi orang ramai.
Kita tidak perlu mempertikaikan hati orang lain tetapi HAKIMILAH HATI KITA SENDIRI. Mampukah kita mempamerkan isi hati kita kepada umum?
Allahu Akbar