TIP UBATI SIFAT KEDEKUT
Maksiat batin ialah orang yang bakhil dan kedekut.
Ubat menghilangkannya hanya melalui ilmu ( kefahaman ) dan amal ( tindakan).
Ada 5 perkara untuk mengubati sifat kedekut bakhil itu.
1. Qana’ah iaitu merasai memadai dengan apa yang ada.
Memadai sedikit belanja kepada makanan dan pakaian.
Keperluan diri disedikitkan seperti darurat.
2. Dengan memperbanyakkan mengingati KEMATIAN.
Bukanlah dengan mengingati mati itu tidak bekerja asyik ke masjid.
Ianya hanya kiasan.
Mengingatkan juga saudara dan kawan yang telah meninggal dunia sebagai ingatan bahawa kita akan segera menyusul.
Membanyakkan menziarahi kubur kerana ianya mengingatkan kematian.
Mengingatkan kelakuan mayat di dalam kubur. Sama ada derita @ keindahan kubur.
3. Jika ada kerisauan tentang rezeqi anak anaknya maka SERAHKAN HAL REZEQI mereka kepada ALLAH TAALA.
Sesungguhnya ALLAH TAALA MAHA PEMURAH MAHA PEMBERI REZEQI.
Buktinya rezeqi yang tersedia adalah susu ibu.
Janin masih 4 bulan di rahim ibunya, ALLAH TAALA telah perintahkan kilang susu mulai beroperasi untuk 5 bulan lagi.
Kita risau rezeqi tiada jika beranak ramai.
Kita risau masa depan anak anak hingga harta benda tidak disedekahkan sebanyak mungkin.
Tuhan yang memberikan rezeqi bukan kita yang menentukan jumlah rezeqi.
Jika mahu menjaga rezeqi bukan meninggalkan harta yang banyak tetapi ibubapa perlu menjadi orang soleh .
Apabila ibubapa soleh maka rezeqi anak cucunya dijaga oleh ALLAH TAALA.
Sesungguhnya ALLAH TAALA akan menambah rezeqi kepada anak yang soleh dan mengurangkan rezeqi anak yang fasiq.
4. Memikirkan kecelaan kikir kedekut itu.
Memikirkan kisah kisah mereka yang kedekut dalam alQuran dan Hadis.
Memikirkan akan kelebihan mereka yang pemurah.
5. Membelanjakan harta yang ada pada tangannya yang lebih daripada sekadar hajatnya .
Digagahkan diri membelanjakan hartanya berbuat kebajikan hingga hilang sayangnya terhadap hartanya.
Kata Imam al Ghazali rahimahullahu ta’ala, jika dibuangkan hartanya yang berlebihan keperluannya ke laut supaya hilang sifat kikirnya dalam hati itu lebih baik baginya.
Martabat paling rendah kita ada RM3k keperluan kita Rm2k dan kita infaq RM1k.
Martabat pertengahan pula, kita kecilkan keperluan kepada RM1500 dan RM1500 untuk sedeqah.
Martabat teratas. bila seseorang itu mengecilkan keperluan kepada had paling kecil RM1k dan lebihan RM2K
Sedeqah yang paling baik adalah ketika SIHAT dan sedang kaya dan bercita cita untuk lebih kaya .
Makanan yang dijamu oleh orang yang PEMURAH adalah UBAT.
Makanan yang dijamu oleh orang yang KEDEKUT adalah PENYAKIT.
JANGAN JADIKAN UBAT SEBAGAI MAKANAN TETAPI JADIKAN MAKANAN SEBAGAI UBAT.