HADIAH DARI ALLAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
..
Sesungguhnya ingin saya ceritakan kisah ini , betapa asbab membaca DALAILUL KHAIRAT , terlalu banyak #hadiah daripada ALLAH TAALA untuk perjalanan haji terakhir saya ini.
Ya Allah, sedikit sangat yang saya baca namun banyak sungguh hadiah² daripada ALLAH TAALA.
…
Jika sebelum ini, saya mendapat HADIAH bilik hotel PERCUMA semasa duduk di Aziziah untuk perlaksanaan ibadah haji.
Kini saya di sebuah hotel di Makkah dan al kisahnya Ahad lalu saya mencari² dan terjumpa bilik Kaaba View dan harganya murah sangat² berbanding hotel budget dan jauh daripada Masjidil Haram yang semalam mencecah 3k 4k sar.
Saya pun bercerita lah kat Utz Nabil:
“Utz, semua apps mahal tapi tru trip.com murah RM2500++. Jimat sungguh. Alhamdulilah ”
Then tadi saya pun pi lah kaunter hotel untuk check in. Dalam sistem hotel, bukan Kaaba View tapi city view.
Ish..saya tak mau lah. Saya nak duduk bilik Kaaba View kerana sekali pandang Kaabah dapat 20 rahmat Allah Taala. Bukan saja nak duduk hotel 5*.
Then saya pun kira² lah duit di tangan, korek n korek, haish tak banyak dah ni. Kena jimat cermat.
Saya hubungi semula trip.com dan depa suh saya upgrade bilik Kaaba View. Nanti depa bayar balik berapa tambahan dan maksima RM7700++ untuk upgrade.
Saya pun request upgrade bilik dan terlintas, upgrade bilik suite, biar depa yang bayar tapi saya teringat yang saya umat Muhammad صلى الله عليه وسلم , umat Baginda wajib berakhlak baik, tidak akan ambil kesempatan kecuali yang hak saja.
Then bayar je tambahan 2100SAR lebih kurang Rm2500. Dan submit kat Trip.com. Saya harap dapat balik duit saya RM2500 kerana dah sipi² je baki duit ni.
Dan di sini saya amat terkejut! Tak disangka²Trip.com buat saya macam ni.
Saya menerima RM7700 bukan refund RM2500!
Allahu Akbar!
SPEECHLESS.
Betapa Allah Taala menghadiahkan saya RM5000 dan dapat duduk di bilik sambil baca Dalailul Khairat sambil pandang Kaabah.
ALLAHU AKBAR.
DIA MAHA PEMURAH.
…
Sesungguhnya beberapa hari lalu, ada lintasan nafsu membisikkan ke HATI saya.
” Bila PERGI buat majlis pembacaan Dalailul Khairat di rumah² orang, minta lah sedikit daripada tuan rumah duit minuak, penginapan dll.
Sebab rata² memang just ucap Terima kasih saja. ”
Saya menguatkan hati dan berkata di hati saya
” Saiyidina Abu Bakr r.anhu mengorbankan diri dan harta untuk membantu RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.
Beliau kini kekal dengan Nabi صلى الله عليه وسلم.
Aku masih ada harta yang boleh aku guna untuk membantu SABILILLAH, kenapa aku nak harapkan duit daripada mereka yang tidak mahu memberi?
حسبنا الله ونعم الوكيل
Cukup Allah bagi upah. Jangan sesekali harap makhluk. Jika depa bagi pun sedikit berbanding dengan pemberian Allah Taala yang maha kaya lagi maha pemurah.
..
Dan hadiah ini adalah bukti, setiap yang kita khidmat untuk membantu SABILILLAH, setiap kita ajak orang buat kebaikan seperti membaca DALAILUL KHAIRAT ini, ianya pasti mendapat upah daripada ALLAH TAALA di waktu kita memerlukan.
Alhamdulilah .
..
Sebab tu saya bagitahu, barangsiapa yang banyak membaca solawat DALAILUL KHAIRAT ini, akan mendapat banyak PERTOLONGAN ALLAH TAALA .
Nak baca?
Join me.