ORANG YANG MULIA
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Saya seorang peniaga produk. Alhamdulillah produk saya memberikan manfaat untuk pengguna. Tetapi kali ini, saya tidak mengiklankan produk saya . Tidak sama sekali.
Yang saya nak iklankan dan promosikan di hari Jumaat yang mulia ini adalah bagaimana kita boleh mendapat kemuliaan daripada ALLAH TAALA dengan menjadi sebab/punca mengajak orang lain meninggalkan kemaksiatan.
Maaf, saya juga melakukan maksiat. Minta ampun dan buat lagi , ulang minta ampun dan buat lagi. Tanpa merasa malu dan takut kepada ALLAH TAALA.
Saya ingin mati dalam keadaan melakukan ketaatan kepada ALLAH TAALA dan mengharapkan saya mati dalam keredhoaan Allah Taala. Seorang pendosa yang tetap meneruskan dosa di sebalik satu demi satu istigfar.
Semalam saya menziarahi Ustazah Maryam, cucu Wali Allah Tok Kenali rahimahullahu taala. Beliau menyebutkan kepada saya:
” Alhamdulillah, enti selesai kerjakan haji. Tiada dosa lama, semua Allah dah ampunkan. Enti seperti baru lahir, suci bersih”
Doanya dan kata²nya menyebabkan saya menangis bukan kerana dosa lama yang mungkin sudah terhapus, akan tetapi dosa² baru yang baru saja saya tambah di buku catatan amal.
Dosa dosa yang masih saya ingat, dosa dosa disebabkan nafsu dan iblis memainkan hati. Saya ingat satu demi satu dosa² baru itu.
Allahu Allah.
Saya ingin memohon maaf kepada semua, sama ada kenal atau tidak. Sesungguhnya dosa² ini amat menyakitkan.
Dan pagi ini, saya teringat kembali nasihat ulama’ yang mengajak untuk mendapat kemuliaan daripada ALLAH TAALA.
Jalannya adalah mengajak orang lain buat kebaikan dan membimbing orang lain meninggalkan kemaksiatan.
Orang yang paling celaka adalah orang yang mati tetapi dosanya berterusan akibat dulu dia menjadi sebab orang lain buat maksiat.
Orang yang paling beruntung dan mulia adalah orang mati tetapi pahalanya menumpuk numpuk kerana dia menjadi sebab orang lain buat kebaikan dan meninggalkan larangan Allah Taala.
Saya ingin menyampaikan bahawa produk terbaik yang perlu kita guna untuk mendapat kemuliaan daripada ALLAH TAALA adalah BERSOLAWAT.
Apalagi jika kita bersolawat sepertimana di dalam kitab DALAILUL KHAIRAT . Kita akan dibimbing dan dipilih Allah untuk menjauhi maksiat.
Jika ingin menjadi hamba yang taat dan meninggalkan larangan Allah Taala, mulakan dengan perbanyakkan bersolawat. Kita akan dapat menikmati kehidupan dengan penuh ketenangan barkah membaca DALAILUL KHAIRAT ini, insyaAllah.
Saya mahu mengumpul pahala setelah mati melalui orang lain. Bantulah saya menjadi orang yang mulia dengan membaca DALAILUL KHAIRAT ini.
Saya juga mahu kalian mendapat kemuliaan asbab membantu orang lain meninggalkan kemaksiatan dan melakukan ketaatan. Caranya melalui mengajak orang lain membaca solawat DALAILUL KHAIRAT.
Kenapa DALAILUL KHAIRAT?
Kerana saya telah mendapat keberkahan nya, salah satu buktinya, apabila saya buat maksiat, saya disedarkan Allah ianya adalah kemungkaran.
Umpama saya sedang berjalan dalam najis dan diangkat lalu dibersihkan. InsyaAllah.
Dulu, saya tidak merasa salah membuat maksiat akan tetapi kini, rasa bersalah itu menyebabkan saya cuba untuk tidak membuka pintu maksiat walaupun sekecil melihat orang lain tanpa tujuan kebaikan.
…
Jom sama² kita mencuba menjadi orang mulia. Kita ajak orang lain juga membaca DALAILUL KHAIRAT.
Kalian boleh klik di Youtube DALAILUL KHAIRAT atau boleh join grup khas membaca DALAILUL KHAIRAT ini setiap malam melalui Google meet.
Jika nak join grup online, sila klik www.wasap.my/+60134400212/OrangMulia