IBU VS ISTERI. MANA SATU PERLU DI DAHULUKAN PERMINTAAN BALIK RAYA .
IBU VS ISTERI. MANA SATU PERLU DI DAHULUKAN PERMINTAAN BALIK RAYA
.
.
” K Ain raya mana tahun ni?” tiba tiba je Nur bertanya
” Mestilah kampung akak. Tapi tu lah, suami ajak balik rumah mak dia” Rungut Ain.
” Giliran akak ke?”
” Tak . Giliran mak mertua. Tapi Akak malas lah balik sana. Mertua tu pot pet jer.
Dah le tu, panas tau rumah mertua akak tu.
Jika rumah mak akak, boleh on aircond” senyum Ain sambil mengemas fail.
.
.
.
” K Rina pula camne?” Nur mencuit pula Rina yang sedang menaip di komputer.
” Akak?, ikut je giliran @ suami. Mana pun tak apa”
.
.
” Eh! Mana boleh camtu. Kita kena ada hak juga nak balik mana” protes Ain.
” Ya benar. Cuma bagi K Rina, simple jer. Jika suami MERINDUI maknya, biarlah K Rina beralah.
Raya kedua kami boleh balik jumpa mak K Rina. Lagi best duduk lama di sana.
Bagi K Rina, anak lelaki SYURGAnya dengan REDHO IBUnya . Bukan ibu mertuanya.
K Rina tak mahu disebabkan Kak, suami melukakan hati ibunya ” terang Rina satu persatu.
.
.
” Jadi kita makan hati tak apa ke? Asyik mendahulukan mertua jer?” Ain masih mencuka.
.
” Ain, Mai K Rina story.
K Rina bukan menantu pilihan. Tetapi K Rina tak mahu kerana keinginan K Rina, Suami terpaksa menghampakan ibunya.
Biar beralah sedikit demi Syurga buat suami. Hak ibu itu hingga salah seorang meninggal.
Hak kita isteri selagi masih berstatus isteri.
Kedua
Beralah tak bererti kalah. Kita akan berjaya memenangi hati suami.
Yup kadang kadang makan hati. Tapi kita telan jer.
Akak ni balik kampung, bilik tidur pun tak ada.
Makan bercatu tau. Tak boleh sembarangan mencedok.
Tapi Akak redho jer lah sebab suami perlukan redho ibunya bukan ibu mertua.
Akak tak mau melukakan hati mertua kerana akak juga seorang ibu. Faham perasaan ibu.” Panjang Rina menghuraikan pandangannya.
.
.
” Naya le camtu. Asyik mengalah ” Rungut Ain dan Nur serentak.
.
.
” Jika kita tahu besarnya ganjaran seorang anak lelaki yang mentaati ibunya, tentu kita sanggup meminjamkan suami kepada ibunya 24jam.
Dan jika kita tahu ganjaran seorang isteri yang mentaati suaminya, pasti kita MEREDHOI keputusan suami ”
.
.
“Tapi saya untung tau . Suami lebih suka rumah mak saya daripada rumah mertua” Senyum manis Nur di hujung suara.
.
.
” Nur. Jika suami lebih menyukai rumah Mertua, nasihatkan dia.
Ingatlah semasa dia belum beristeri, mak dia yang memenuhi keperluannya
Maknya yang menyuapkan makanan.
Maknya yang mendoakan KEREDHOAN ALLAH TAALA untuk nya.
Bagitahu suami, seronok mana pun rumah Mertua, dia tetap orang luar. Selagi sebagai menantu mungkin diterima.
Tapi mak nya, walaupun rumah buruk @ panas @ kecil, tapi rumah itulah yang membesarkannya.
K Rina pasti ,mak sendiri yang sanggup memberikan hati untuk anaknya. Walaupun mak nya sering makan hati.”
” Nanti kita sambung lagi ya” senyum Rina sambil berlalu ke surau
~ Suami baran?
~STRESS BALIK KAMPUNG?
Klik annurulhadi.com