ZIKIR SAMBIL PUASA.
Imam At Tabrani meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah saw ditanya ,
” Siapa dari kalangan orang yang berpuasa paling banyak pahala ? ”
Rasulullah saw menjawab , ” Yang paling banyak berzikir ”
Ada orang yang mempunyai beberapa alasan yang menghalang dirinya dari sentiasa membaca Al Quran.
Namun , masih ada ibadat lain yang mereka boleh lakukan seperti berzikir.
Kita galakkan golongan ini memperbanyakkan zikir :
لا إِلَهَ إِلا الله
Laa ilaaha illallah
Bermaksud : Tiada tuhan melainkan Allah.
Sekurang kurangnya diulangi sebanyak 3500 kali sehari.
Secara berterusan sehingga akhir Ramadhan dan mereka akan berjaya mengulanginya sebanyak 70 000 kali.
Zikir ini juga digalakkan kepada mereka yang mempunyai masa lapang.
Bukankah lebih baik berzikir daripada sembang kosong , tidur , menonton televisyen & bersosial di media sosial ?
Digalakkan juga kepada mereka yang bersemangat untuk beribadat pada bulan ini.
Ya Allah , berilah kami semangat untuk beramal dan jadikan kami orang yang paling banyak pahala ketika berpuasa.