PUASA KERANA BERIMAN DAN MENGHARAP PAHALA DARI ALLAH SAHAJA
Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat pahala.
Ramai yang berpuasa tetapi tidak dihapuskan dosanya malah bertambah.
Kerana puasa mereka bukan kerana beriman kepada Allah.
Kerana puasa mereka bukan kerana inginkan pahala daripada Allah.
Lidah mereka mendakwa mereka berpuasa kerana beriman dan mengharap pahala dari Allah.
Tetapi perbuatan dan perkataan mereka menafikan dakwaan mereka itu.
Rasulullah saw telah berkata dengan kata kata yang dipercayai 100% dan tiada ruang untuk diragui dan dinafikan bahawa ,
” Siapa yang berpuasa kerana percaya wajibnya puasa serta janji janji Allah dan kerana Allah serta mengharap pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu”
Di dalam riwayat yang lain ” termasuk dosa yang akan datang ”
Tanda puasa itu bukan kerana Allah ialah mereka menipu , mengutuk orang Islam , mengadu domba dan melakukan saksi palsu.
Berapa banyak orang yang berpuasa mengutuk ahli ahli politik dari pelbagai parti kerajaan mahupun pembangkang sedangkan mereka orang Islam ?
Bukankah ucapan mereka itu menghapuskan pahala puasa mereka ?
Ya malah menambah dosa mereka.
Berhati hatilah !
Jangan sampai berakhir Ramadhan ketika kamu masih meneruskan penanaman kebencian di dalam hati hati orang Islam terhadap orang Islam dan menambah dosa serta titik hitam di dalam hati kalian.