Ingin Menikmati Solawat?
Ingin menikmati solawat?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Cerita petang tadi ketika selesai berbuka puasa di dataran Masjid Nabawi.
Pn Aisy dari Melaka dah 2 hari di Madinah. Beliau meminta izin untuk snap Kitab Dalailul Khairat.
Dan bilamana Utzh Syahida Said bagitahu boleh ambil kitab DALAILUL KHAIRAT yang ada dalam beg nya, mata Pn Aisy bersinar² kegembiraan dan kemudian basah dengan airmata.
Katanya sambil mengesat mata yang berlinangan:
” Semalam saya tiba ke Madinah dan saya bertanya kepada Allah
Ya Allah! Kenapa aku belum pernah merasa ni’mat bersolawat.
Aku tidak pernah dapat fokus ketika solawat.
Ya Allah! Bagaimana aku nak menangis ketika bersolawat.
Apakah solawat yang perlu aku amalkan untuk merasai kecintaan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ”
Dan dia terus menangis dan kerana tak sampai sehari doa nya makbul.
Ala yang makbul tu?
Sepertimana dia merayu mahu merasai ni’mat bersolawat, ingin tahu solawat apa yang terbaik diamalkan. Ingin fokus ketika bersolawat , ALLAH TAALA memakbulkan dengan mempertemukan nya dengan Utzh Syahida Said.
Tadi sebelum berbuka puasa, Utzh Syahida Said bertanya kepada nya ( masing² sedang menanti waktu berbuka puasa)
Pertanyaan Utzh Syahida Said adalah pembuka doa nya dimakbulkan.
“Pn pernah baca Dalailul Khairat ?”
Dia menggeleng kepala dan bertanya:
” Kitab apa ya?”
Utzh Syahida Said menjelaskan:
DALAILUL KHAIRAT adalah sebuah kitab yang mengandungi pelbagai solawat dan doa yang mahsyur.
Dan diamalkan orang² soleh sejak tahun 800++ hijrah. Orang² soleh mereka membaca DALAILUL KHAIRAT kerana solawat² yang terkumpul dalam DALAILUL KHAIRAT itu mempunyai KELEBIHAN tersendiri.
Kata Utzh lagi :
Ramai yang dah baca Dalailul Khairat akan bagitahu HATI MERASA AMAT TENANG.
Bila hati tenang, fikiran tidak serabut dan boleh pasrah apa saja kehendak ALLAH TAALA.
Lalu Utzh sebut:
” Pn bacalah, ambil barkah Madinah, BERSOLAWAT kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم seperti orang² soleh terdahulu.
Bacalah, mana tahu dapat sering ziarah Nabi صلى الله عليه وسلم ”
SubhanAllah
Tidak disangka oleh Utzh Syahida, bahawa doa Pn Aisy adalah untuk merasai ni’mat bersolawat dan masyaAllah, ketika dia diminta membaca DALAILUL KHAIRAT tadi, dia merasa sentuhan ni’mat bersolawat, dia dapat fokus bersolawat, rasa nak menangis dan dia mendapat jawapan, solawat apakah perlu dibaca agar boleh menyintai Nabi Muhammad.
ALLAH TAALA yang memilihnya dan memakbulkan doa nya untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم melalui DALAILUL KHAIRAT.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله عدد من صلى عليه
Jom baca bersama Utzh Syahida Said. Klik www.wasap.my/+60134400212/DoaMakbul