Teknik Mudah Mengumpul Emas Dan Harta
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Siapa mahu ada emas ber gram gram?😊😊😊
Suatu yang mudah tetapi ramai tidak tahu skill ini.
…
Saya kenal dengan seorang wanita yang tinggal di kampung.
Dia hanya bisnes kecil²an dan sambil²an. Bukan tiap hari dia fokus bisnes. Simple saja dia bisnes, means ikut suka hati nya.
Saya terkejut bila dia membayar zakat emas untuk tahun ini RM6k++.
Biar betul. Banyak emas nya tu, dalam 700gm . Dan biasalah perempuan kan… bertanya lah 🤫
Dan dia bercerita. Saya nama kan nya sebagai Kak Siti.
Kata nya:
” Kak mula² dulu ada lah seutas rantai tangan beli dari duit hantaran kahwin.
Tapi masa kak nak membeli mesin jahit, kak jual buat modal beli mesin tu.
Setelah beberapa tahun, ada rezeqi kak beli rantai tangan. Selepas seminggu, ada majlis Ilmu dengan Sheikh Nuruddin al banjari ( hafizahullahu taala)
Masa tabung beredar, kak masukkan rantai tangan emas tu sebagai Infaq.
Saya mencelah:
” Kak tak rasa banyak sangat kah bagi tu?”
Kak Siti menjawab:
” Alhamdulillah Ustazah. Kak rasa tenang dan kak tahu, nanti jika ada rezeqi kak, ada lah lagi duit nak beli rantai emas lagi”
..
Selepas tu tak lama, ada orang promot beli emas gold bar, untung dan nanti sesak boleh guna.
Kak tengok mereka promot beli 1g dan lain². Kak niat dan azam nak beli yang 1 dinar hingga 100gm. Rugi 1gm tu jika jual kan.
Kak azam saja. Moga Allah makbul kan niat kak untuk beli emas.
Saya mencelah lagi:
“Apa azam.dan niat kak?”
Kak Siti senyum dan menjawab:
Tiada niat lain melainkan berazam membeli emas untuk dilaburkan untuk berinfaq di bulan Ramadhan dan apa saja berkaitan ibadah
Kak beli emas 1 dinar dan kak gadaikan ketika bulan Syaaban. Masuk 1 Ramadhan, kak infaqkan duit digadaikan tu.
Alhamdulillah Syawal kak dah tebus balik. Ada je orang beli produk kak jual. Alhamdulillah.
Berulang ulang hal itu. Beli dan gadai hingga kini beratus gram terkumpul. Dan emas² tu tidak pernah sekali pun tergadai tak ditebus Alhamdulillah.
…
Mudah saja kan nak kumpul emas? Tak perlu pun berdikit dikit kumpul pastu akhirnya tergadai atau terjual.
Point nya adalah niat untuk membantu agama macam Kak Siti.
Fyi Kak Siti sanggup pergi gadai dan bayar kos cetak Kitab Dalailul Khairat.
Agak² berapa juta ganjaran dia dapat ya?
HQ jual kitab, pembeli baca. Dia dapat pahala.
Duit untung jualan, HQ infaq semua, berapa banyak pahala mengalir untuk nya?
So …nak ikut langkah orang berjaya atau kedekut bagai kan esok mati bawa emas masuk kubur?
…
More tips bersama Utzh Syahida Said, join grup DALAILUL KHAIRAT, akan bertambah kejayaan dalam keredhoaan Allah Taala, insyaAllah.
Baca Dalailul Khairat akan melimpah² rahmat dan mendapat keampunan ALLAH TAALA.
Jom baca Dalailul Khairat.